KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Digi.Com Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021 susut 20.2 peratus kepada RM264.83 juta berbanding RM332.0 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun lepas.
Hasil merosot kepada RM1.55 bilion daripada RM1.56 bilion, menyederhana sebanyak 0.6 peratus berikutan kesan penutupan sempadan, perubahan pelanggan prabayar dan campuran hasil.
DiGi dalam satu kenyataan hari ini berkata keuntungan yang lebih rendah itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kerugian nilai saksama berhubung kontrak pertukaran kadar faedah sebanyak RM22 juta berbanding keuntungan nilai saksama berjumlah RM37 juta pada tempoh yang sama tahun sebelum ini berikutan unjuran kadar faedah yang rendah semasa awal pandemik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Albern Murty, syarikat itu menyaksikan pertumbuhan dari tahun ke tahun yang stabil daripada momentum komersial yang lebih baik melalui pemanfaatan pertumbuhan internet dan rangkaian yang lebih kukuh yang telah memberikan kelebihan kapasiti termasuk pengalaman rangkaian yang konsisten.
"Melangkah ke hadapan, kami kekal komited dalam menyampaikan keutamaan perniagaan, di samping mengekalkan keseimbangan kecekapan operasi dengan pelaburan strategik dalam bidang pertumbuhan dan meneruskan sokongan kami dalam pemulihan masyarakat," katanya.
Secara keseluruhan, prestasi perniagaan DiGi mencerminkan permulaan yang positif pada tahun ini dengan asas pelanggan internet sebanyak 8.8 juta dan pelanggan menggunakan 19.7GB data bulanan, memacu jumlah trafik data sehingga 28 peratus dari tahun ke tahun.
Pendapatan daripada internet dan digitalnya meningkat kepada RM1.01 bilion atau 3.2 peratus dari tahun ke tahun susulan penggunaan data yang lebih tinggi merentasi segmen.
Kedua-dua hasil prabayar dan pasca bayar mengekalkan momentum suku ke atas suku (-0.3 peratus suku ke atas suku) daripada momentum komersial yang positif manakala pengoptimuman perbelanjaan pelanggan telah menjejaskan pembangunan dari tahun ke tahun.
Hasil daripada peranti dan lain-lain menokok 23.1 peratus dari tahun ke tahun akibat pengambilan yang agak menggalakkan ke atas pelan PhoneFreedom 365 serta perbelanjaan operasi sebanyak RM404 juta adalah kurang daripada 1.7 peratus dari tahun ke tahun di belakang pengurusan kredit yang cekap di samping pelaburan rangkaian yang berterusan dan peningkatan aktiviti di lapangan.
Melihat kepada ketidaktentuan yang timbul akibat pandemik, Digi menjangkakan persekitaran operasi yang mencabar akan berterusan dan sedang menjalankan langkah panduan di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19 serta sekatan pergerakan berterusan di negeri dan daerah tertentu.
Panduan ini termasuk penurunan satu digit untuk hasil perkhidmatan, penurunan satu digit sederhana bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) serta nisbah perbelanjaan modal (capex) kepada hasil keseluruhan sebanyak 14 hingga 15.0 peratus.
"Digi komited dalam mengekalkan perniagaan seperti biasa sehingga selesai cadangan penggabungan Celcom Digi Bhd, sambil kekal fokus dalam menyampaikan keutamaan 2021 untuk mencapai cita-cita strategik kami," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Secara keseluruhan, prestasi perniagaan DiGi mencerminkan permulaan yang positif pada tahun ini.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Axiata, Telenor selesai gabung Celcom-Digi
Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) telah selesai menggabungkan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.
Digi dapat kebenaran pemegang saham untuk cadangan penggabungan dengan Celcom
Kelulusan pemegang saham Digi dan Axiata Group Bhd adalah antara langkah terakhir dalam proses kelulusan penggabungan.
MCMC lulus penggabungan Celcom, Digi
MCMC memaklumkan, penggabungan tersebut akan menjadikannya sebagai pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar di Malaysia.
Pengendali rangkaian mudah alih sambut baik keputusan kekalkan SWN, tawaran ekuiti DNB
Kumpulan MNO berkenaan turut berkongsi komitmen untuk merealisasikan cita-cita digital negara.
Syarikat telco Malaysia perlu bersaing dalam perkhidmatan 5G
Di bawah sistem ini, semua telekomunikasi pada dasarnya akan bersaing di rangkaian yang sama dan bukannya membangunkan sendiri dan bersaing berdasarkan prestasi rangkaian.
Anwar dilantik CEO TERAS Teknologi
Anwar akan menganggotai pasukan kepimpinan kanan PLUS bagi memastikan inisiatif pendigitalan dijalankan secara berterusan.
Penggabungan Digi-Celcom sasar 19 juta pelanggan, pendapatan RM12.4 bilion
Axiata dan Telenor berkata, mereka masing-masing akan menguasai 33.1 peratus pegangan dalam gabungan yang dikenali sebagai MergeCo
Menara komunikasi di Batu 10, Hutan Melintang terbakar
Menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi Digi yang dikongsi bersama Celcom dan Maxis di Batu 10, Hutan Melintang, terbakar dalam satu insiden pagi Jumaat.
Digi teruskan komitmen bantu pelanggan kekal terhubung semasa sekatan pergerakan penuh
Menjamin ketersediaan dan ketekalan perkhidmatan rangkaian khususnya di kawasan perumahan, serta pusat perubatan dan vaksinasi, jadi keutamaan.
5 syarikat telekomunikasi setuju lanjutkan pemberian 1GB data harian percuma sehingga 31 Julai
Pemberian data percuma 1GB secara harian sejak April tahun lepas itu bertujuan membantu rakyat menghadapi norma baharu digitalisasi ketika dilanda pandemik COVID-19.