awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri dibawa ke mahkamah
4 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Nepal
Imigresen gempur 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai, 77 warga asing ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye

Bernama
Bernama
07/01/2026
04:10 MYT
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri Anwar dan isteri, Wan Azizah serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga, Ankara pada 7.13 malam (12.13 tengah malam Rabu waktu Malaysia). - Gambar Bernama
ANKARA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual padat pada hari kedua lawatan rasmi beliau ke Turkiye hari ini, termasuk pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang dijadual berlangsung di Kompleks Presiden, di sini.
Hari ini, Anwar memulakan atur cara dengan menerima kunjungan hormat Setiausaha Industri Pertahanan Turkiye. Prof Dr Haluk Gorgun, di sebuah hotel pada sebelah pagi.
Perdana Menteri seterusnya dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk "Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye" kepada golongan profesional, akademik, pegawai kanan Turkiye serta pelajar.
Usai sesi berkenaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menerima sambutan rasmi sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Erdogan di Kompleks Presiden.
Kedua-dua pemimpin seterusnya akan mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Strategik Peringkat Tinggi (HLSC) Malaysia-Turkiye sebelum sidang media bersama pada sebelah petang.
Anwar turut akan dianugerahkan pingat tertinggi Turkiye, Order of the Republic, sebagai penghargaan terhadap peranannya dalam memperkukuh hubungan dua hala.
Lawatan hari kedua akan diakhiri dengan jamuan makan malam rasmi yang dianjurkan oleh Erdogan bagi meraikan kedatangan Anwar dan delegasi Malaysia.
Perdana Menteri diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Lawatan rasmi hingga esok itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, yang telah terjalin sejak sekian lama.
Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (AS$4.92 bilion) dan republik itu terus menjadi rakan ekonomi penting bagi Malaysia.
Pada 2024, Turkiye merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar serta sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan bernilai RM24.15 bilion (AS$5.28 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Recep Tayyip Erdogan
#lawatan rasmi
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan