NEW YORK: Dua firma elektrik dan elektronik (E&E) utama Amerika Syarikat (AS) bakal mengembangkan operasi mereka ke Malaysia dan satu daripadanya dijangka melabur sekurang-kurangnya RM500 juta.
Alton Industry Ltd Group (Alton Group) iaitu pembekal global alatan pengguna dan komersial, perkakas dan penjagaan lantai akan melabur RM500 juta untuk menubuhkan kemudahan pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)nya di Johor, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Rancangan untuk kemudahan baharu itu yang dijadual siap pada 2024, telah diumumkan semasa pertemuan di sini antara menteri dan David Lu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Alton Group.
“Sebuah lagi syarikat yang saya tidak dapat namakan buat masa ini, akan melabur sejumlah besar di Pulau Pinang. Kedua-dua Alton Group dan syarikat ini mempunyai operasi di China dan mereka mahu mengembangkan operasi itu ke Malaysia,” katanya pada sidang media di sini.
Menurut Tengku Zafrul, keputusan Alton Group untuk menubuhkan kemudahan pembuatan dan R&Dnya di Malaysia mencerminkan keyakinan syarikat ini terhadap daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.
Pelaburan itu juga sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini, bertujuan untuk mewujudkan persekitaran mesra pelaburan dan menerima pakai teknologi dengan pantas untuk meningkatkan ekosistem sektor pembuatan, jelasnya.
“Syarikat-syarikat ini mahu mempelbagaikan rantaian bekalan mereka, dan mereka juga sedang meninjau untuk membawa masuk pembekal mereka ke Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi Malaysia sebagai hab teknologi dan inovasi global,” kata menteri itu.
Semasa pertemuan dengan Tengku Zafrul, kumpulan itu turut menyatakan rancangannya untuk melabur lebih RM2 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang bagi pengembangan dan pertumbuhannya.
Sementara itu, sebuah lagi firma AS iaitu Top-Line Furniture Corporation (Top-Line) telah melahirkan hasrat untuk meningkatkan importnya dari Malaysia dalam beberapa tahun akan datang kepada RM230 juta setahun.
Syarikat itu telah mengimport perabot rumah dari Malaysia sejak tahun 2000, dengan jumlah import kira-kira RM840 juta setakat ini.
Tengku Zafrul berkata pengimport perabot besar dan pengedar borong terkemuka yang berpangkalan di Chicago, Illinois itu mempunyai rangkaian pusat pengedaran yang meluas di seluruh Amerika Utara dan membekalkan kepada lima syarikat perabot terbesar di rantau Mid-West.
Malaysia mengeksport RM13.86 bilion perabot ke seluruh dunia pada 2022, dengan AS menjadi destinasi eksport utamanya mencatatkan RM7.24 bilion atau 52.2 peratus daripada jumlah eksport perabot negara tahun lepas.
Sementara itu, Malaysia merupakan sumber keenam terbesar perabot import AS pada 2022, menyumbang 2.78 peratus daripada jumlah nilai import perabot dan peralatan tempat tidur AS.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Alton Group berkata syarikat itu bangga dapat mengembangkan jejak global serta membangunkan operasinya di Malaysia dengan rancangan pembukaan kemudahan pembuatan baharu syarikat di Johor Bahru.
“Kemudahan baharu ini akan menyokong pelanggan global dan membolehkan kami berkembang ke pasaran lain dengan cepat.
“Insentif daripada kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan sebagai tambahan kepada sokongan dari segi infrastruktur menjadikan ini pelaburan yang baik untuk Alton,” katanya.
Syarikat itu menjalankan perniagaan di lebih 75 negara seluruh dunia dengan pejabat di China, Jepun, Hong Kong, Eropah dan Amerika Syarikat manakala kemudahan di Johor Bahru akan berfungsi sebagai pusat R&D global untuk platform teknologi baharu syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Tengku Zafrul pada sidang media selepas mesyuarat bersama wakil syarikat AS. - Gambar/ Bernama

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Pelancong China diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari
Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan.

Pelbagai pihak disaran tampil bantu majukan bola sepak wanita - PFAM
Semua pihak termasuk badan korporat perlu memainkan peranan bagi meningkatkan nilai komersial pada sukan bola sepak wanita sekali gus membantu memajukan bola sepak tanah air.

KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.

Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.

Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang
Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang.

Melaka pertingkat prasarana, logistik sempena tiga acara besar pelancongan
Sebagai langkah awal, laluan kontra akan dilaksanakan di Melaka sebagai inisiatif penyuraian trafik bermula 15 Dis ini.

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.

Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara
PROTON perlu memberi tumpuan bukan hanya kepada aktiviti pemasangan EV tetapi juga dari aspek pembuatan komponen pengecasan.

APEC 2023: PM bawa suara Malaysia demi perkukuh pelaburan, perdagangan serantau - Tengku Zafrul
Perdana Menteri akan membawa suara besar Malaysia seiring usaha memperkukuh pelaburan dan perdagangan serantau pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin APEC.

FDI dari Jepun dijangka cecah lebih AS$30 bilion tahun ini - Tengku Zafrul
MITI menjangkakan FDI dari Jepun melebihi AS$30 bilion tahun ini, didorong oleh sokongan berterusan daripada syarikat Jepun.

Wujud peluang pelaburan syarikat Malaysia di Arab Saudi, negara GCC - Tengku Zafrul
Kedudukan ASEAN sebagai blok kelima terbesar dunia dengan populasi 680 juta penduduk mampu menyediakan pasaran yang luas untuk negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

'Terima kasih atas kepercayaan, pertemuan dengan BAM dalam masa terdekat' - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung pemilihannya mengisi jawatan presiden persatuan itu.

Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas bagi Malaysia-UAE - Zafrul
Malaysia meramalkan peluang perdagangan dan pelaburan yang luas untuk dimanfaatkan oleh Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kerajaan akan pastikan pemilikan EV tersedia untuk semua - Tengku Zafrul
Kerajaan akan memastikan pemilikan kenderaan elektrik (EV) adalah tersedia untuk semua kumpulan berpendapatan menerusi subsidi bersasar dan bantuan kewangan.

Alton Industry berpangkalan di Amerika Syarikat mahu labur RM2 bilion di Malaysia
Alton sedang mengembangkan tapak pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke Malaysia di samping merancang untuk melabur lebih RM2 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Dua syarikat utama AS bakal kembangkan operasi ke Malaysia - Tengku Zafrul
Dua firma elektrik dan elektronik (E&E) utama Amerika Syarikat (AS) bakal mengembangkan operasi mereka ke Malaysia dan satu daripadanya dijangka melabur sekurang-kurangnya RM500 juta.

Malaysia terus tarik pelaburan asing, situasi politik tidak lagi jadi kebimbangan - Tengku Zafrul
Malaysia terus menarik pelaburan besar dari syarikat-syarikat global kerana kestabilan politik semasa, ekosistem rantaian bekalannya yang kukuh dan peranan penting yang dimainkan oleh Perdana Menteri.