WASHINGTON: Ekonomi global "semakin menjerumus" kepada kemelesetan apabila kadar inflasi kekal tinggi, kadar faedah meningkat dan beban hutang bagi negara-negara membangun semakin meningkat, kata Presiden Bank Dunia David Malpass pada Khamis.
"Kami telah menurunkan unjuran pertumbuhan 2023 daripada tiga peratus kepada 1.9 peratus bagi pertumbuhan global, yang dilihat semakin hampir dengan kemelesetan dunia," kata Malpass pada sidang media semasa mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia.
"Masalah inflasi, kadar faedah meningkat dan pemotongan aliran modal terhadap negara membangun menjejaskan golongan miskin dengan teruk," katanya sambil menekankan peningkatan hutang bagi negara membangun.
"Kemelesetan dunia boleh berlaku dalam keadaan tertentu," kata Malpass.
Dalam kajian yang diterbitkan pada pertengahan September, Bank Dunia memberi amaran bahawa apabila bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke arah kemelesetan global pada 2023, dengan ramalan pertumbuhan hanya 0.5 peratus.
Ketua Bank Dunia berkata bahawa pertumbuhan penduduk dunia dianggarkan pada kadar 1.1 peratus setahun.
Memetik laporan Bank Dunia baru-baru ini, Malpass berkata bahawa pandemik COVID-19 memberi kesan terbesar kepada usaha mengurangkan kadar kemiskinan global sejak 1990, memaksa kira-kira 70 juta orang ke dalam kancah kemiskinan tegar pada 2020, manakala krisis di Ukraine dikhuatiri memburukkan lagi keadaan.
Menurut Laporan Kemiskinan dan Kemakmuran Bersama, pendapatan median global merosot sebanyak empat peratus pada 2020, penurunan pertama sejak pengukuran median pendapatannya bermula pada 1990.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Apabila bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke arah kemelesetan global pada 2023. - Gambar fail

Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.

Rundingan damai di selatan Thailand tetap diteruskan walaupun kerajaan bertukar
Rundingan damai di selatan Thailand adalah agenda nasional dan ia akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar.

Pengawal sempadan Taliban, Iran bertempur di sempadan Afghanistan - Laporan
Pasukan Taliban bertempur dengan pengawal sempadan Iran di sempadan Iran-Afghanistan pada Sabtu.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam
Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

Pertindihan peranan agensi rugikan negara - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Bank Dunia mengakui wujud banyak pertindihan melibatkan agensi-agensi di Malaysia.

Rusia kembali tersenarai 10 ekonomi terbesar dunia
Rusia kembali tersenarai dalam sepuluh ekonomi terbesar dunia dengan menduduki tempat kelapan buat kali pertama sejak 2014.

Malaysia lonjak 15 anak tangga dalam Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia 2023
Malaysia kini berada di kedudukan ke-26, menjadi negara kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan negara ASEAN.

Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia, Malaysia lonjak 15 anak tangga
Ini merupakan peningkatan ketara daripada kedudukan 41 pada 2018 dan 32 pada 2016.

China komited beri sumbangan kepada pembangunan ekonomi dunia
Ekonomi China menunjukkan trend pemulihan sejak awal tahun ini dan unjuran pasaran turut meningkat ketara.

China, India 'dikecualikan' daripada kelembapan global tahun ini - Bank Dunia
China dan India "dikecualikan daripada kelembapan" yang dijangka dialami ekonomi global tahun ini, kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass.

Bank Dunia lulus AS$390 juta untuk tingkatkan ekonomi digital Kenya
Projek Percepat Ekonomi Digital Kenya bertujuan membantu menjadikan pertumbuhan Kenya lebih saksama.

Bank Dunia: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.3 peratus pada 2023.

Kementerian Ekonomi tumpu tiga perkara utama bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama tahun ini bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2026.

Malaysia tidak akan alami kegawatan ekonomi tahun ini - Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada 2023 meskipun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan global.