awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPN, NEAC teroka kerjasama strategik kukuh perpaduan nasional
MALAYSIA
KPM, SPP berjaya laksana reformasi tangani kekurangan guru - Fadhlina
MALAYSIA
Hamidin terima Anugerah Jasamu Dikenang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen

Bernama
Bernama
02/07/2025
10:10 MYT
Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen kepada RM3.18 dan RM2.85 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Julai. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.18 dan RM2.85 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Julai.

Ringkasan AI
  • Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen kepada RM3.18 dan RM2.85 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Julai.
  • Harga RON95 kekal RM2.05 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
  • Penetapan harga berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kerajaan akan terus memantau pasaran serta mengambil langkah menjaga kebajikan rakyat.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
MOF menjelaskan penetapan kadar itu berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia, serta menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
Menurut MOF kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON95
#diesel
#RON97
#Harga runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami