KUALA LUMPUR: Firma-firma penyelidikan menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini akan berkembang melebihi 8 peratus setelah merekodkan pertumbuhan luar biasa pada suku ketiga pada 14.2 peratus.
Data yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) Jumaat lalu menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang kukuh pada suku ketiga disokong oleh permintaan domestik yang berterusan, pasaran pekerjaan yang kukuh dan permintaan luaran yang mantap.
Pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku kedua 2022 yang mencatatkan pertumbuhan 8.9 peratus dan lebih kukuh berbanding 5 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2022 menjadikan pertumbuhan bagi tempoh sembilan bulan sebanyak 9.3 peratus.
Kali terakhir ekonomi negara ini mencatatkan pertumbuhan dua angka adalah pada suku kedua tahun lalu sebanyak 16.1 peratus.
Maybank Investment Bank (IB) menyemak naik pertumbuhan tahun ini kepada 8 peratus daripada 6 peratus yang dijangkakan sebelum ini meskipun ekonomi suku keempat dijangka berkembang sederhana.
Menurutnya, terdapat beberapa pemangkin dalam tempoh terdekat terutamanya keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini dan implikasi terhadap kestabilan politik dan dasar yang lebih jelas.
"Selain itu, ia turut dipengaruhi impak daripada Bajet 2023, pelaksanaan projek pembangunan dan infrastruktur serta mekanisme subsidi bahan api bersasar," katanya dalam nota kajian pada Selasa.
Bagaimanapun, ia mengekalkan jangkaan pertumbuhan yang lebih sederhana pada 2023 sekitar 4 peratus ekoran kemelesetan ekonomi global oleh negara ekonomi utama dan kesan daripada persekitaran 'inflasi tinggi-kadar faedah tinggi'.
Firma itu berkata, antara faktor yang mengurangkan kesan buruk terhadap prospek pertumbuhan domestik termasuklah pengeluaran lebihan simpanan isi rumah/individu dan sektor pelancongan kembali pulih menjadi penampan kepada perbelanjaan pengguna.
"Turut menyokong prospek ini ialah momentum pertumbuhan pelaburan disokong oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh diluluskan serta projek infrastruktur yang sedang berjalan dan baharu termasuklah projek digital dan hijau.
"Kami juga menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) daripada tahap 'akomodatif' kepada 'neutral' dan bukannya 'mengehadkan' kepada 3 peratus menjelang Januari 2023," jelasnya.
Sementara itu, AmInvestment Bank berkata, di sebalik pertumbuhan kukuh suku ketiga, ketidaktentuan dijangka bermula pada suku keempat dan seterusnya dengan menyaksikan beberapa petunjuk daripada sektor pembuatan.
Firma itu menjangkakan aktiviti perdagangan semakin perlahan terutamanya disebabkan aktiviti ekonomi yang lembap daripada negara dagangan utama seperti China dengan data terkini eksport dan import menunjukkan penurunan sejak Ogos.
Ini juga bertepatan dengan angka Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan, yang telah berada dalam aliran menurun sejak Julai 2022, dan jatuh di bawah ambang 50 sejak September 2022.
Penurunan ini disebabkan oleh permintaan yang lebih perlahan daripada luar, kerana ekonomi seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan kawasan Euro sedang menuju ke arah kelembapan.
Selain itu, sektor perladangan sawit masih kekurangan 54,630 daripada kira-kira 437,212 pekerja yang diperlukan, berdasarkan anggaran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Malah, levi berbilang peringkat yang dicadangkan dalam bajet boleh melemahkan pemulihan sektor itu.
"Dari segi isi rumah pula, kenaikan kos sara hidup masih menjadi isu utama. Inflasi makanan masih lagi tinggi tahun ini, meningkat 5.3 peratus setakat ini.
"Dengan kenaikan kos sara hidup dan kos perniagaan yang semakin tertekan, kemungkinan KDNK suku keempat lebih perlahan kekal tinggi pada pandangan kami. Ketidaktentuan juga dijangka berlaku semasa kita melangkah ke 2023," jelasnya.
Namun, ia masih mengekalkan unjuran KDNK 2022 tahun ini sekitar 8.5 hingga 9 peratus dengan pertumbuhan suku keempat dijangka berlegar pada 6 hingga 8 peratus dipacu penggunaan swasta, perdagangan luar dan kesan asas yang rendah.
Bagi 2023, firma itu menjangkakan pertumbuhan yang lebih sederhana pada 4.5 peratus memandangkan risiko penurunan menjadi lebih ketara.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research turut menyemak semula pertumbuhan tahun ini kepada 8.2 peratus daripada 6.5 peratus sebelum ini berdasarkan kepada pertumbuhan suku ketiga yang lebih kukuh daripada jangkaan.
Ia berkata, walaupun pertumbuhan dijangka sederhana pada suku keempat kerana ketiadaan kesan asas dan permintaan luar yang lemah, ekonomi dijangka terus disokong oleh permintaan dalam negeri di tengah-tengah keadaan pasaran buruh yang semakin baik.
"Melangkah ke 2023, inflasi utama dan teras dijangka kekal tinggi di tengah-tengah tekanan permintaan dan kos yang tinggi dan terdapat kemungkinan pelarasan kepada dasar di peringkat domestik.
"Oleh itu, kami menjangkakan BNM akan menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas menjelang Mac 2023," katanya.
Mengambil kira prospek ekonomi yang suram, firma itu menyemak turun unjuran KDNK 2023 kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus sebelum ini.
Minggu lalu, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, bank pusat itu melihat beberapa cabaran terhadap pertumbuhan pada 2023, namun tidak menjangkakan kemelesetan.
Cabaran terhadap pertumbuhan adalah berikutan faktor luaran termasuk ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan yang berterusan. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Nov 15 2022

AmInvestment Bank menjangkakan aktiviti perdagangan semakin perlahan terutamanya disebabkan aktiviti ekonomi yang lembap daripada negara dagangan utama seperti China. - Gambar hiasan/DagangNews

RUU intip: Penambahbaikan untuk penekanan holistik, rangkum semua aspek perundangan
Penambahbaikan terhadap draf dua rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap telah dicadangkan bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan itu secara holistik.

Gempa bumi: Kedutaan Turkiye, Wisma Putra atur operasi, elak lambakan barang bantuan
Beberapa pasukan dan bekalan ubat-ubatan akan dihantar untuk membantu operasi mencari dan menyelamat yang menjadi tumpuan utama ketika ini.

Operasi SAR pelajar hilang di Pulau Mawar dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.

Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - Nadma
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan.

Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM.

4 MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
MoU itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan empat syarikat di Thailand.

Kedutaan Turkiye & Wisma Putra sedang atur operasi bersama - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Republik Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel memaklumkan bahawa mereka bersama Kementerian Luar dibantu NGO kemanusiaan akan menggerakkan pasukan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terkesan.

Musibah mempererat lagi hubungan Turkiye-Malaysia - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel menyatakan setinggi penghargaan kepada respons pantas Malaysia untuk membantu Turkiye dan ia satu peristiwa penting dalam hubungan erat antara kedua-dua negara.

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4 peratus tahun ini
Citi Research menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar.

OPR: Langkah taktikal BNM untuk menyokong momentum ekonomi, kata penganalisis
BNM juga telah memainkan peranannya secara strategik bagi tempoh 2019-2022 serta terbukti dapat menangani cabaran tekanan harga.

Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai
Menurut penganalisis ekonomi ini, kebahagiaan dan kesejahteraan tidak dinilai pada kederasan pertumbuhan negara.

Pembukaan China bentang peluang kepada pemulihan perniagaan
Pembukaan semula China akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan pulih lebih cepat, kata Ahmed Razman.

Ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2023 dalam ketidaktentuan ekonomi global - DOSM
Ekonomi Malaysia diunjur menyederhana antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada tahun depan, sejajar dengan ramalan global IMF.

Indonesia sediakan strategi ekonomi buat pelabur Malaysia
Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana 2020-2024, republik itu telah menetapkan strategi pemulihan ekonomi selepas pandemik iaitu melalui pelaburan industri, perdagangan serta beberapa sektor lain.

Kerajaan perpaduan perlu tangani segera isu ekonomi - Emir Research
Isu peningkatan kos sara hidup, hala tuju pendidikan negara serta jaminan sektor pekerjaan perlu terus diberikan penekanan.

Ambank unjur pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia pada 8.5-9.0 peratus
Pertumbuhan tersebut akan disokong terutamanya daripada penggunaan swasta, perdagangan luar dan kesan asas rendah.

Kerajaan perlu beri tumpuan kepada tingkatkan tahap celik kewangan selepas pilihan raya - MyLIFE
MyLIFE berkata ia akan membantu Malaysia ke arah menjadi negara yang lebih baik dalam keadaan ekonomi yang sukar.

Ekonomi Malaysia akan berkembang lebih 8% tahun ini - Penganalisis
Terdapat beberapa pemangkin terutamanya keputusan PRU15 dan implikasi terhadap kestabilan politik dan dasar yang lebih jelas.