ACCRA: Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya di Wilayah Ashanti, Ghana pada lewat Selasa malam, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Saksi kejadian berkata kemalangan berlaku selepas sebuah bas mini komersial bertembung secara berhadapan dengan sebuah treler di Lebuh Raya Kumasi-Techiman.
Pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Nkenkaasu mengesahkan pada Rabu bahawa daripada 14 mangsa yang dibawa ke hospital berkenaan, 12 orang disahkan meninggal dunia sejurus tiba, manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal.
Pihak hospital menambah bahawa kesemua mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat hospital itu untuk proses pengecaman.
Polis berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
-- BERNAMA-XINHUA