KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus tahun ini disokong oleh pengembangan berterusan permintaan global dan perbelanjaan sektor swasta yang tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Beliau berkata, Malaysia berkedudukan baik untuk mencatatkan peningkatan susulan pemulihan dalam pertumbuhan global dan perdagangan seperti yang dilihat pada 2021.
"Apa yang penting, peningkatan dalam keseluruhan pendapatan, situasi pekerjaan dan sentimen pengguna akan memberi rangsangan kepada perbelanjaan isi rumah," katanya sambil menambah bank pusat akan mengumumkan penilaian ekonomi terkininya pada Mac.
Bagaimanapun, katanya, risiko kepada prospek bagi 2022 masih kekal yang disebabkan oleh pertumbuhan global lebih lemah daripada jangkaan, gangguan rantaian bekalan yang memburuk dan kemunculan varian baharu COVID-19 yang lebih berbahaya, katanya.
Sementara itu, beliau berkata inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2022 apabila kesan asas daripada inflasi bahan api mereda, manakala inflasi teras dijangka menyederhana dengan peningkatan tekanan dikekang oleh prestasi ekonomi dan pasaran buruh yang perlahan.
"Keseluruhannya, prospek inflasi terus bergantung kepada perkembangan harga komoditi global dan risiko daripada gangguan berkaitan bekalan yang berterusan," katanya.
Mengenai perkembangan lain, Nor Shamsiah berkata bank-bank Malaysia mengambil usaha untuk menyepadukan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam tadbir urus, strategi perniagaan, operasi dan pengurusan risiko mereka.
"Ini diperkukuh lagi menerusi langkah-langkah kawal selia seperti Taksonomi berasaskan Prinsip dan Perubahan Iklim dan garis panduan akan datang mengenai pengurusan risiko dan analisis senario yang dikeluarkan bagi perundingan," kata yang mengulas mengenai soalan tentang kejadian banjir di Malaysia yang menekankan lagi keperluan bagi pelaksanaan ESG.
Beliau menjelaskan kejadian banjir baru-baru ini jelas menunjukkan dan memberi peringatan akan keperluan untuk memberi penekanan serius kepada agenda kemampanan.
"Sesetengah bank telah mula menganalisis pendedahan dalam portfolio berian pinjaman dan pelaburan mereka dan melibat urus dengan pelanggan dalam perkara yang membabitkan ESG. Kita juga melihat lebih banyak bank menyokong peralihan pelanggan mereka kepada amalan yang lebih mampan termasuk dengan menawarkan penyelesaian dan nasihat," katanya.
Beliau berkata ini merupakan langkah-langkah awal dan masih banyak lagi yang perlu dilakukan.
"Bagaimanapun dalam bahagian ini, kami yakin industri perbankan sedang bergerak dalam hala tuju yang betul dan momentum itu akan terus meningkat," katanya.
BANTUAN BANJIR DAN IMPAKNYA KE ATAS KEUNTUNGAN
Nor Shamsiah berkata sektor kewangan telah meningkatkan usaha untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka yang terkesan akibat banjir, bukan hanya sekadar menyediakan bantuan pembayaran semula tetapi juga mengenepikan yuran dan caj untuk menggantikan dokumen bank yang hilang atau rosak.
Sebarang bentuk bantuan akan melibatkan kos, katanya, namun ia dapat diuruskan kerana pendedahan berkaitan banjir dijangka sederhana dan industri perbankan juga telah sedikit demi sedikit meningkatkan paras peruntukan mereka sejak 2020 bagi menyediakan penampan kepada impak negatif daripada pandemik.
Dengan faktor-faktor ini, bank pusat tidak menjangkakan lonjakan mendadak dalam kos kredit dan ini akan membendung sebarang impak ketara ke atas pendapatan bank-bank.
"Saya juga ingin menekankan bahawa bank-bank dapat menyediakan bantuan ini sambil menguruskan keuntungan dan kepentingan pendeposit mereka, hasil daripada usaha berdekad-dekad untuk mengukuhkan tadbir urus dan pengurusan risiko dalam sektor kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Pertumbuhan itu disokong oleh pengembangan berterusan permintaan global dan perbelanjaan sektor swasta yang tinggi. - Gambar hiasan
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.