JEMPOL: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin ekonomi Malaysia tidak akan begitu terjejas berbanding negara lain meskipun dijangka berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada tahun depan.
Beliau berkata ini kerana Malaysia mampu meneruskan keadaan ekonomi yang dilihat menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan tahun ini.
Sebagai contoh, Perdana Menteri berkata Malaysia telah membuktikan pencapaian ekonomi melalui pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 berbanding lima peratus pada suku pertama tahun ini.
"Pencapaian yang direkodkan ini adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Keyakinan kepada ekonomi negara juga jelas dalam kalangan pelabur antarabangsa," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Keluarga Malaysia di Dataran Aurora Bahau dekat sini malam ini.
Ismail Sabri berkata selain itu, bagi separuh pertama 2022, pelaburan langsung asing mencatat aliran langsung bersih lebih tinggi bernilai RM41.7 bilion berbanding RM23.3 bilion sebelum pandemik COVID-19.
"Pertumbuhan ekonomi suku kedua Malaysia (tahun ini) juga adalah tertinggi di ASEAN dan lebih tinggi berbanding beberapa negara maju dan serantau seperti China iaitu 0.4 peratus, Amerika Syarikat (1.6), Korea (2.9), Eropah (4), Singapura (4.4), Indonesia (5.4) dan Filipina (7.4)," katanya.
Beliau berkata beberapa petunjuk ekonomi negara turut mencatatkan prestasi yang baik antaranya Indeks Pengurus Pembelian (PMI) terus melepasi tujuh paras nilai ambang iaitu 50.3 peratus dan jumlah ketibaan pelancong meningkat kepada 3.2 juta bagi tempoh Januari hingga Julai 2022.
Perdana Menteri berkata melalui hasil peningkatan ekonomi itu, kerajaan mampu memperkenal Bajet 2023, belanjawan terbesar dalam sejarah iaitu berjumlah RM373.3 bilion, yang memberi tumpuan kepada seluruh rakyat dan komuniti perniagaan.
"Kita percaya walaupun tahun depan ekonomi dunia tidak menentu tetapi saya yakin dengan keadaan ekonomi yang kini ada di negara ini, kita (kerajaan) mampu memastikan negara (Malaysia) tidak berada dalam keadaan seperti negara lain.
"Walaupun pertumbuhan ekonomi dijangka mencabar tetapi tidak jadi begitu teruk berbanding negara-negara lain," katanya sambil menambah beliau yakin kerajaan ketika ini mampu menjaga kepentingan rakyat jika diberi peluang untuk terus mentadbir negara pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Ismail Sabri berkata, Malaysia mampu meneruskan keadaan ekonomi yang dilihat menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan tahun ini. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.