Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 0.7 peratus pada 2019, lebih rendah berbanding pertumbuhan 3.4 peratus yang dicatatkan pada 2018, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi 2020, MTI berkata, ia menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 kepada -0.5 hingga 1.5 peratus dengan pertumbuhan dijangka berada sekitar 0.5 peratus, pada pertengahan jajaran unjuran itu.
Ekonomi Singapura berkembang 1.0 peratus tahun ke tahun dalam suku keempat, lebih pantas berbanding pertumbuhan 0.7 peratus pada suku ketiga.
Bagi keseluruhan 2019, MTI berkata sektor pembuatan menguncup sebanyak 1.4 peratus, susut daripada pertumbuhan 7.0 peratus pada 2018.
Prestasi sektor itu menerima kesan daripada penurunan pengeluaran dalam elektronik, kimia, kejuruteraan kejituan dan kluster kejuruteraan pengangkutan, kata kementerian berkenaan.
Sektor pembinaan meningkat sebanyak 2.8 peratus, pemulihan daripada penurunan 3.5 peratus pada 2018 disokong oleh kerja-kerja pembinaan dalam sektor awam dan swasta.
Industri perkhidmatan berkembang sebanyak 1.1 peratus menyederhana daripada pertumbuhan 3.4 peratus pada 2018.
Pertumbuhan itu dipacu terutamanya daripada sektor kewangan dan insurans, perkhidmatan lain dan perkhidmatan perniagaan, yang masing-masing berkembang sebanyak 4.1 peratus, 2.6 peratus dan 1.4 peratus.
Mengenai prospek ekonomi bagi 2020, MTI berkata dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global dan domestik, pertumbuhan KDNK bagi tahun ini diturunkan kepada "-0.5 hingga 1.5 peratus".
Pada November 2019, MTI mengumumkan unjuran pertumbuhan KDNK "0.5 hingga 2.5 peratus" bagi 2020.
MTI berkata unjuran itu berdasarkan kepada peningkatan sederhana pertumbuhan global selain pemulihan dalam kitaran elektronik global pada 2020.
Menurut kementerian itu, prospek bagi ekonomi Singapura lemah sejak kali akhir disemak semula pada November, disebabkan terutamanya penularan COVID-19 yang dijangka menjejaskan ekonomi menerusi tiga saluran.
Satu daripadanya adalah sektor beroreintasikan luaran seperti pembuatan dan perdagangan borong yang dijangka terjejas disebabkan prospek pertumbuhan lemah di beberapa pasaran permintaan akhir utama Singapura termasuk China.
Selain itu, penularan wabak tersebut juga telah menyebabkan penurunan mendadak kedatangan pelancong ke negara tersebut terutamanya dari China.
"Ini menjejaskan dengan teruk pelancongan - hotel, ejen pelancongan dan pengendali kapal persiaran - serta pengangkutan," kata kementerian itu.
Bagaimanapun, MTI berkata masih terdapat beberapa sektor yang akan memberikan kekuatan kepada ekonomi Singapura termasuk sektor pembinaan serta maklumat dan komunikasi
Memandangkan wabak COVID-19 masih lagi menular, MTI berkata ia akan terus memantau dengan rapat pekembangan dan impaknya terhadap ekonomi Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 17 2020

Ekonomi Singapura berkembang 1.0 peratus tahun ke tahun dalam suku keempat, lebih pantas berbanding pertumbuhan 0.7 peratus pada suku ketiga. - Gambar fail

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish panjat podium perlumbaan pertama di Litar Jerez
Hakim Danish Ramli cemerlang untuk menamatkan perlumbaan pertama pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di tempat kedua di Litar Jerez.

Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan Aidilfitri KPKM tanpa bayaran - Mohamad Sabu
Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.

Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun bertemu rakyat
Dr Mohamad Yusri Bakir memulakan tugas sebagai wakil rakyat baharu DUN Ayer Kuning dengan turun padang seawal pagi untuk bertemu penduduk.

Lawatan Presiden Maldives: Muizzu bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UIAM
Lawatan tersebut merupakan lawatan julung kali Muizzu ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023.

JPV laksana suntikan vaksin kawal wabak hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaksanakan proses vaksinasi ke atas 224 ekor lembu dan kerbau bagi mengelak penularan wabak hawar berdarah di daerah Kuala Terengganu.
Usaha Kerajaan Perpaduan berhasil - Fahmi
Kemenangan calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan menambat hati pengundi berjaya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Perkembangan kes tembak di Kuching
Bersama ditalian, wakil AWANI Borneo, Rudi Affendi Khalik, bagi mendapatkan perkembangan berhubung kes tembak di Kuching.
AWANI Ringkas: Tingkat kualiti internet di kawasan pelancongan Sabah - Fahmi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Sebuah "taman mini" di Shizuoka, Jepun diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai taman terkecil di dunia.
Capaian internet di Sepilok akan ditingkatkan segera
Capaian internet di kawasan pelancongan utama di Sepilok, Sandakan AKAN menikmati capaian internet yang lebih pantas dan stabiL sebagai sebahagian usaha meningkatkan kesalinghubungan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pendirian ASEAN berkecuali beri impak positif - Amir Hamzah
ASEAN secara konsisten mengekalkan pendirian berkecuali dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Tarif Trump: Tiada kuasa yang dapat cabar dominasi AS - Penganalisis
Tiada kuasa besar yang dilihat dapat mencabar dominasi Amerika Syarikat dalam sektor ekonomi sehingga kini.

Tarif Trump: AS tidak akan tinggalkan ASEAN - Penganalisis
Prof Sufian berpendapat Amerika Syarikat tidak akan meninggalkan ASEAN kerana akan membuka peluang lebih besar untuk China untuk meluaskan pengaruh mereka.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3695/3750 daripada dolar AS, meningkat daripada 4.3880/3925 semasa ditutup pada Rabu.

China nafi ada perbincangan, rundingan dengan AS berhubung isu tarif
China dan Amerika Syarikat (AS) tidak mengadakan sebarang rundingan atau perbincangan berhubung isu tarif.

Perang dagang dan tarif jejas orde ekonomi dunia - Xi Jinping
Presiden China Xi Jinping berkata pada Rabu perang dagang dan tarif menjejaskan hak serta kepentingan sah semua negara.

Trump akui tarif 145 peratus ke atas China tinggi, jangka akan dikurangkan
Trump menyatakan bahawa kadar tarif tersebut sebelum ini adalah sifar, tetapi menurutnya, keadaan itu menyebabkan AS "musnah".

Perkukuh Hubungan Malaysia-China, program TV terbaik CMG disiar di Malaysia
CMG bawa dokumentari China ke Malaysia bagi kukuh hubungan budaya dan beri gambaran autentik tentang China moden.

Pengalaman terdahulu pemangkin semangat Letshanaa di Piala Sudirman 2025
Pemain di ranking ke-52 dunia itu mengakui pengalaman pada 2023 di Suzhaou menyuntik semangatnya untuk memberikan yang terbaik kali ini.