awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan suku kedua

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2022
04:13 MYT
Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan suku kedua
Pertumbuhan ini disokong terutama oleh sektor pembuatan, perkhidmatan lain dan sektor komunikasi dan maklumat. - Foto fail/BERNAMA
SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan pada suku kedua 2022 pada 4.4 peratus berbanding unjuran 4.8 peratus, namun lebih tinggi berbanding suku pertama pada 3.8 peratus.
Pertumbuhan ini disokong terutama oleh sektor pembuatan, perkhidmatan lain dan sektor komunikasi dan maklumat.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi separuh pertama negara itu juga mencecah 4.1 peratus, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) dalam satu kenyataan.
Perbandingan suku ke suku mengikut pelarasan bermusim pula merekodkan penurunan KDNK sebanyak 0.2 peratus bagi suku kedua, berbanding unjuran pertumbuhan 0.9 peratus.
Kelamahan itu disumbang prestasi lemah pembuatan terutama sektor elektronik utama disebalik cabaran permintaan pengguna elektronik yang lemah.
MTI bagaimanapun tidak menjangkakan berlaku kemelesetan teknikal bagi Singapura dengan pertumbuhan diramal positif bagi suku ketiga dan keempat.
Kemelesetan teknikal dianggap berlaku apabila pertumbuhan menyusut untuk dua suku berturut turut. MTI pada masa sama turut menyemak turun unjuran pertumbuhan ekonomi 2022 negara itu disebalik kelemahan ekonomi global dan cabaran inflasi tinggi serta gangguan rantaian bekalan.
Menteri Perdagangan dan industri (MTI) berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini dijangka tumbuh sekitar 3 hingga 4 peratus, berkurangan berbanding unjuran awal 3 hingga 5 peratus.
Topic Berkaitan
#KDNK
#Singapura
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#suku kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan