awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekspo 2020 Dubai: Lapan syarikat Malaysia peroleh pelaburan RM197 juta

Bernama
Bernama
21/02/2022
23:50 MYT
Ekspo 2020 Dubai: Lapan syarikat Malaysia peroleh pelaburan RM197 juta
Lapan syarikat Malaysia pada Isnin menandatangani pelaburan bernilai lebih US$47 juta (RM197 juta) dengan perusahaan berpangkalan di UAE semasa Minggu Pertanian Lestari di Ekspo 2020 Dubai.
DUBAI: Lapan syarikat Malaysia pada Isnin menandatangani pelaburan bernilai lebih US$47 juta (RM197 juta) dengan perusahaan berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semasa Minggu Pertanian Lestari di Ekspo 2020 Dubai dalam usaha memacu pertanian lestari antara kedua-dua negara.
Dilihat sebagai acara kemuncak minggu ini bermula semalam hingga Jumaat, perkongsian itu akan membantu Malaysia mempromosi dan mengembangkan potensinya dalam pertanian mampan dengan menjalinkan libat urus dan strategi yang kukuh dengan UAE serta pemain global yang lain.
Menurut agensi pelaksana Minggu Pertanian Lestari, Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), sebanyak lima memorandum persefahaman (MoU), dua memorandum perjanjian (MoA) dan satu kontrak jualan ditandatangani pada Isnin.
Antara syarikat yang menandatangani lima MoU itu ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan International Centre of Biosaline Agriculture (ICBA); Agarwood Synergy Holdings Sdn Bhd dan Tea & Coffee Museum LLC;
Kontrak jualan pula telah ditandatangani antara Free the Seed dan Bio4Pack Gmbh dari Jerman.
Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Datuk Mohd Tarid Sufian.
Syarikat Malaysia turut melancarkan dan mempamerkan beberapa produk dan perkhidmatan pertanian yang dicari-cari mereka serta menggunakan platform itu untuk menembusi pasaran serantau menggunakan UAE sebagai gerbang pasaran tersebut.
Minggu Pertanian Lestari ialah salah satu daripada 26 program perdagangan dan perniagaan mingguan yang dihoskan oleh Pavilion Malaysia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ialah kementerian peneraju bagi penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) sebagai agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ekspo 2020 Dubai
#Bioeconomy Corporation
#MARDI
#ICBA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan