KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia ke China pada tahun lalu berkembang sebanyak 11.1% merangkumi AS$37.77 bilion (RM156.9 bilion), manakala China menjadi pelabur tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak AS$4.41 bilion (RM18.32 bilion) tahun lalu dan kedudukan itu kekal sejak 2016.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 71 projek pembuatan dengan penyertaan China diluluskan pada tahun lalu dan dijangka menjana lebih 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia.
''Sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Malaysia menyokong semangat kerjasama kedua-dua negara untuk masa depan yang lebih baik,'' katanya dalam ucaptama majlis pembukaan Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-130 secara maya hari ini.
Perdana Menteri berkata, ekonomi digital, Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) dan pembangunan lestari antara potensi ekonomi yang boleh dimanfaatkan dalam hubungan dua hala di antara Malaysia dan China.
Ismail Sabri berkata, tiga bidang terbabit antara potensi yang belum diterokai sepenuhnya walaupun pelaburan dan perdagangan dua negara semakin berkembang sejak 2009.
Katanya, China terus menjadi rakan perdagangan terbesar negara merangkumi 18.6% daripada jumlah keseluruhan pada tahun lalu.
"Bagi memacu transformasi digital, Malaysia pada awal tahun ini melancarkan inisiatif MyDIGITAL yang menjadi sebahagian perancangan kerajaan meningkatkan kemajuan negara dalam ekonomi teknologi berdaya tinggi menjelang 2030.
"Inisiatif ini dilaksanakan menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Antara lain MyDIGITAL menyasarkan untuk menarik kira-kira AS$17.32 bilion pelaburan digital tempatan dan luar negara," katanya.
Ismail Sabri berkata, Malaysia turut melancarkan Dasar 4IR sebagai platform menuju ke arah digitalisasi yang lebih luas dalam mengimbangi sinergi dunia digital dan fizikal, untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing berdasarkan pendekatan menyeluruh perkongsian masyarakat, swasta dan awam.
"Ia termasuk membangunkan infrastruktur berasaskan 4IR bagi penggunaan teknologi yang lebih luas. Semua ini untuk memenuhi keperluan perniagaan dalam ekonomi digital, selain memacu inovasi dan adaptasi teknologi.
"Ketiga ialah mengadaptasi pembangunan lestari. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kelestarian sumber tenaga dikenal pasti sebagai satu faktor utama dalam dimensi pemerkasaan ekonomi. Dimensi ini merangkumi tumpuan ekonomi, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan mitigasi perubahan iklim," katanya.
Perdana Menteri berkata, tiga bidang terbabit menjadi dasar perdagangan dan pelaburan China sejak dahulu dan termaktub dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
"Malaysia antara negara pertama yang menyokong BRI dan kami menegaskan keyakinan ini inisitif strategik dan berpandangan ke hadapan," katanya.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 14 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 71 projek pembuatan dengan penyertaan China diluluskan pada tahun lalu dan dijangka menjana lebih 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia. - Gambar/ DagangNews
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.