awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/01/2026
00:45 MYT
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Rumah kebajikan yang beroperasi sejak 1998 itu memberi perlindungan kepada lebih 500 anak yatim serta kanak-kanak terabai. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Selama hampir tiga dekad, dua buah rumah di Taman Hijau, Rawang bukan sekadar binaan batu dan simen, sebaliknya menjadi satu-satunya tempat bergelar ‘maligai’ buat ratusan anak-anak yang kehilangan kasih sayang keluarga.
Namun hari ini, masa depan 54 kanak-kanak perempuan yang menetap di Persatuan Kebajikan Sri Saradha Devi Illam, berada di persimpangan 'genting' apabila kediaman yang mereka diami akan dijual pemiliknya.
Rumah kebajikan yang beroperasi sejak 1998 itu memberi perlindungan kepada lebih 500 anak yatim serta kanak-kanak terabai.
Ketika ini, Persatuan Kebajikan Sri Saradha Devi Illam menyewa dua unit rumah bersebelahan, namun salah satu pemilik unit, yang menempatkan dapur, asrama kanak-kanak, ruang aktiviti, ruang tamu serta bilik pembelajaran kemahiran, mengambil keputusan untuk menjual dan berhijrah ke luar negara.
Presiden persatuan itu, Dr Kumaran Adakalam berkata, pemilik itu menawarkan rumah tersebut kepada pihak kebajikan pada harga RM800,000, satu nilai yang disifatkan munasabah mengikut pasaran kawasan, namun tempoh yang diberikan amat singkat.
"Jika rumah ini hilang, bukan sekadar tempat kami melelap mata yang 'hilang', malah kami juga akan kehilangan memori yang membentuk sahsiah serta masa depan anak-anak ini," menurutnya di sini, pada Khamis.
Justeru kata Kumaran, pihak pengurusan Persatuan Kebajikan Sri Saradha Devi Illam melancarkan kempen kutipan dana sejak 10 Disember lalu.
"Hasil sokongan orang ramai setakat ini, sebanyak kira-kira RM416,000 berjaya dikumpulkan.
"Namun, baki hampir RM400,000 masih diperlukan sebelum tarikh akhir 31 Januari ini bagi membolehkan rumah itu dibeli secara kekal," ujarnya.
Bagi 54 kanak-kanak ini, masa terus berlalu, dan bagi mereka, rumah ini bukan pilihan, ia adalah segalanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun RHB Persatuan Kebajikan Sri Saradha Devi Illam Malaysia bernombor 21213400071019.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan di talian 016-9067380 atau 014-6435964.
Walaupun sumbangan kecil, serendah RM10, ia sudah memadai untuk memberi sinar harapan dan masa depan yang lebih baik kepada kanak-kanak itu.
Topic Berkaitan
#Persatuan Kebajikan Sri Saradha Devi Illam
#anak yatim
#kanak-kanak terbiar
#rayuan sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan