KUALA LUMPUR:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli sebanyak 9.97 juta lagi saham dalam FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada harga RM12.96 juta.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, FGV berkata saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.
Langkah itu menjadikan saham-saham FGV yang dibeli oleh Felda setakat minggu ini berjumlah 75.97 juta saham.
Awal minggu ini, Felda telah membeli 66 juta saham menerusi pasaran terbuka pada harga RM1.30 sesaham dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM85.8 juta.
Pada minggu lepas, Felda mengumumkan menerusi dua kenyataan bahawa ia telah membeli sejumlah 27.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka pada harga RM1.29 sesaham atau RM35.02 juta.
Ini dilaksanakan selepas agensi itu mengeluarkan dokumen tawarannya pada Selasa minggu lepas (12 Jan) berkaitan dengan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.
Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga pukul 5 petang pada 2 Feb, 2021 kecuali dilanjutkan atau disemak semula.
Pada 8 Dis, 2020, Felda yang memiliki 21.24 peratus kepentingan ekuiti dalam FGV, telah meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.
Tambahan 13.88 peratus kepentingan pula telah dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).
Dalam pada itu, saham FGV tidak berubah pada RM1.30 tengah hari Jumaat dengan sebanyak 5.97 juta diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021
Awal minggu ini, Felda telah membeli 66 juta saham menerusi pasaran terbuka pada harga RM1.30 sesaham dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM85.8 juta.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja
AIAC memutuskan Multazam Development membayar FGV Plantations RM12.52 juta.
FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran
FGV membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara
Razak berkata sekiranya semua petani dapat menggandakan hasil, negara tidak perlu lagi bergantung kepada import.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030
Saji dinobatkan sebagai 'Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022' oleh Kantar.
1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah
1.3 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah dipersijilkan dengan MSPO, 661,844.12 hektar daripadanya milik pekebun kecil persendirian.
FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim
Shahrol Anuwar akan mengambil alih peranan baharu itu sehingga pelantikan pengerusi baharu oleh Pemegang Saham Khas FGV.
Keuntungan bersih FGV naik kepada RM1.32 bln untuk tahun kewangan 2022
Peningkatan disebabkan harga purata minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.