awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

87 saman direkod sepanjang RXZ Members Ride 3.0 di Melaka

Bernama
Bernama
15/12/2025
02:00 MYT
87 saman direkod sepanjang RXZ Members Ride 3.0 di Melaka
Dzulkhairi berkata antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah LKM tamat tempoh, tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh. - Foto fail/BERNAMA
MELAKA: Polis Melaka mengeluarkan 87 saman atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang penganjuran RXZ Members Ride Edition 3.0 yang berlangsung di sekitar negeri berkenaan dari 12 hingga 14 Dis.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua saman itu dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
"Antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (14 kes), tiada lesen memandu (13 kes) dan lesen memandu tamat tempoh (satu kes) serta tidak mempamerkan pelekat P atau L (11 kes).
"Kesalahan lain yang turut direkodkan melibatkan aksesori tidak dibenarkan (10 kes), tiada perlindungan insurans (sembilan kes), tiada cermin sisi (enam kes) dan tiada nombor pendaftaran (lima kes)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dzulkhairi berkata polis turut mengesan kesalahan topi keledar (lima kes), ubah suai ekzos (empat kes), kesalahan nombor plat (tiga kes) serta lampu brek (tiga kes) selain tidak patuh arah (dua kes) dan gagal berhenti (satu kes) direkodkan sepanjang tempoh operasi berkenaan.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga tiada kenderaan disita dan tiada tangkapan dibuat, selain tiada sebarang kemalangan maut atau parah dilaporkan melibatkan peserta program berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dzulkhairi Mukhtar
#RXZ Members Ride Edition 3 0
#saman
#JSPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan