awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda kini kuasai 92 peratus saham FGV, peneroka bakal nikmati untung - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
02/08/2025
07:10 MYT
Felda kini kuasai 92 peratus saham FGV, peneroka bakal nikmati untung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, proses pemilikan penuh itu akan dimuktamadkan oleh Bursa Malaysia dan keuntungan daripadanya dijangka disalurkan semula kepada warga peneroka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kini menguasai sebanyak 92 peratus saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV), sekali gus membuka laluan kepada pemilikan penuh serta penstrukturan semula syarikat itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Felda kini menguasai 92 peratus saham dalam FGV Holdings Bhd, membuka laluan kepada pemilikan penuh dan penstrukturan semula syarikat, dengan keuntungan dijangka disalurkan semula kepada warga peneroka.
  • Kerajaan negeri Pahang dan Sabah turut menjadi pemegang saham FGV melalui pegangan masing-masing sebanyak lima peratus selepas penamatan penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
  • Kerajaan sedang membantu Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) menstruktur semula atau menjual pelaburan mereka bagi meraih keuntungan lebih baik susulan penurunan dividen berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata proses pemilikan penuh itu akan dimuktamadkan oleh Bursa Malaysia dan keuntungan daripadanya dijangka disalurkan semula kepada warga peneroka.
Selain itu, pemilikan itu turut melibatkan pegangan oleh masing-masing kerajaan negeri Pahang dan Sabah yang muncul antara pemegang saham FGV selepas syarikat berkenaan melalui proses penamatan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
"Menerusi pegangan lima peratus kerajaan negeri Pahang dan kerajaan negeri Sabah, mereka juga (kini) telah menjadi pemegang saham FGV," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Warga Peneroka Felda di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata pada masa sama, kerajaan sedang membantu Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) untuk menstruktur semula atau menjual pelaburan mereka bagi meraih keuntungan lebih baik berikutan penurunan dividen berbanding tahun-tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FGV
#Ahmad Zahid Hamidi
#Felda
#peneroka Felda untung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan