Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menafikan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa berlaku kelewatan dalam pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka.
Dalam satu kenyataan hari ini, Felda berkata peruntukan khas RM77 juta yang diluluskan Kerajaan Pusat pada 20 Disember 2018 adalah bagi Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (BSHPH), bayaran tunggakan bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran khairat kematian kepada 120 waris peneroka.
“Majoriti tuntutan BSHPH sudah dibayar pada 31 Disember 2018 dan baki peruntukan khas ini selesai diagihkan pada 14 Januari 2019,” kata Felda.
Tambah Felda, seramai 30,799 peneroka menerima tuntutan BSHPH pada 31 Disember 2018 dan 4,644 peneroka pula menerima tuntutan pada 14 Januari 2019.
“Bayaran ini hanya dibuat kepada peneroka yang terlibat bawah Program Tanam Semula.
“Walau bagaimanapun, peneroka di Sungai Koyan, seramai 851 orang, tidak terlibat dengan Program Tanam Semula dan tiada tuntutan BSHPH dibuat oleh mereka,” tambah kenyataan itu.
Sementara itu Felda berkata aduan yang diterima Guan Eng daripada peneroka adalah berhubung bayaran hasil, iaitu gaji yang dibayar berdasarkan jualan kelapa sawit.
“Bayaran tersebut dibuat kepada peneroka dua kali sebulan, iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, dan kemudian dipinda kepada bayaran sekali pada hujung bulan,” kata kenyataan itu lagi.
Felda berkata bayaran hasil tersebut bukan sebahagian BSHPH ataupun peruntukan khas sebanyak RM77 juta yang diluluskan Kerajaan Pusat.
Guan Eng pada 17 Januari berkata kelewatan bayaran hasil tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan sudah memperuntukan RM77 juta untuk tujuan pembayaran.
Najib Aroff
Fri Jan 18 2019

Felda berkata aduan yang diterima Guan Eng daripada peneroka adalah berhubung bayaran hasil, iaitu gaji yang dibayar berdasarkan jualan kelapa sawit. - Foto Bernama

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Gempa Bumi Turkiye | Dentie dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye
Dua ekor unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Gempa Bumi Turkiye | Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - NADMA
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza.

Mohamed Azmin kembali jadi MB jika PN menang PRN Selangor?
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menerajui semula kerajaan negeri sekiranya berjaya menawan Selangor.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

PRU15: Amirudin rampas Gombak daripada Azmin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berjaya merampas kerusi Parlimen Gombak daripada penyandangnya Datuk Seri Azmin Ali.

PRU15: PN belum bincang gabung pakatan lain - Azmin
Azmin berkata, fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kerusi untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Kenyataan Rafizi terhadap Azam bersifat angkuh, sombong
Ia juga memperlihatkan watak pemimpin Pakatan Harapan itu sebagai cubaan mendera anggota perkhidmatan awam.

PRU15: Semua calon Perikatan Nasional bebas rasuah - Azmin
Semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya umum ke-15 (PRU15) adalah bebas daripada amalan rasuah, kata Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

PRU15: 'Saya serahkan kepada rakyat untuk hukum PH, BN yang tidak jujur' - Azmin
Mohamed Azmin Ali mempersoalkan sandiwara BN dan PH untuk membentuk kerajaan yang bersih daripada rasuah, sedangkan beberapa calon mereka berdepan dengan pertuduhan rasuah.

Kerusi panas PRU15: Gombak kekal milik Azmin atau Pakatan Harapan?
Cabaran PRU15 di Gombak adalah bagaimana untuk calon mendapat sebanyak mungkin undi daripada 30 peratus pengundi yang berusia antara 18 hingga 30 tahun.

PRU15: Azmin yakin pengundi Parlimen Tambun beri kemenangan kepada Faizal Azumu
Katanya, Ahmad Faizal mempunyai rekod perkhidmatan baik selaku penyandang kerusi tersebut.

PRU15: Isytihar harta hanya sandiwara, PN tidak perlu terikut-ikut - Azmin
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PN tidak perlu mengikut apa yang dilakukan parti lawan.