Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjalankan pelbagai inisiatif penambahbaikan, termasuk meningkatkan usaha pengurangan kos pentadbiran am bagi memacu kecekapan kumpulan itu untuk tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2017.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad berkata ia membabitkan lapan keutamaan termasuk tumpuan terhadap perniagaan teras, mengukuhkan kedudukan kewangan, rasionalisasi aset serta aspek penggabungan dan pengambilalihan.
Menurutnya, FGV juga sudah meluluskan pelaksanaan langkah rasionalisasi di peringkat kumpulan bagi menangani lebihan kapasiti beberapa aset terasnya.
"Inisiatif itu termasuk menutup empat kilang, dua kilang pemprosesan getah dan sebuah kilang penapis minyak sawit yang dapat menyumbang penjimatan kos tahunan kira-kira RM13.5 juta.
"Pada 2016, kumpulan ini meluluskan peruntukan sebanyak RM49.2 juta bagi melaksanakan langkah-langkah ini," katanya pada sidang media bagi mengumumkan prestasi kewangan suku keempat FGV di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Zakaria berkata usaha rasionalisasi aset itu akan membawa kepada pengurangan sebanyak tiga peratus dari segi bilangan pekerja seramai 18,000 orang menerusi skim pemisahan secara sukarela bagi 2017.
"Tindakan mengekalkan kilang-kilang itu tidak lagi menjimatkan berikutan perubahan landskap minyak sawit dan ladang getah FGV.
"Malah, secara ekonominya, usaha menggabungkan kilang kecil dengan unit lebih besar adalah lebih wajar.
"Menerusi cara ini juga, penggunaan purata kilang penapis minyak sawit kami akan dapat dipertingkatkan sehingga 80 peratus," katanya.
Zakaria berkata perniagaan ladang sawit juga dijangka akan pulih sepenuhnya daripada kesan fenomena cuaca El Nino menerusi pertambahan kawasan ladang.
FGV juga diunjur menghasilkan lebih banyak tandan buah segar (TBS) dan menyasarkan kenaikan sebanyak 15 peratus kepada 4.5 juta tan metrik bagi 2017.
Ia berdasarkan jangkaan harga minyak sawit mentah (MSM) akan meningkat semula menjelang suku ketiga 2017.
"Kami menyasarkan untuk mencapai pengeluaran tahunan TBS sebanyak 5.3 juta tan metrik menjelang 2020 daripada tanah simpanan sedia ada. Ini membabitkan peningkatan sebanyak 36 peratus berbanding 2016," katanya.
Bagi prospek masa depan, Zakaria juga mengunjurkan harga purata MSM mencecah antara RM2,600 dan RM2,700 satu tan bagi tempoh sepanjang 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2017
ZAKARIA: Inisiatif itu termasuk menutup empat kilang, dua kilang pemprosesan getah dan sebuah kilang penapis minyak sawit yang dapat menyumbang penjimatan kos tahunan kira-kira RM13.5 juta.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.
RUAG Malaysia dijenamakan semula sebagai Global Component Asia
GSA telah memperoleh operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sebuah kumpulan teknologi dari Switzerland, RUAG International di Malaysia pada Jun lalu.
Institusi kewangan perlu kreatif bangunkan penyelesaian baharu, inovatif - Gabenor
Tidak memadai bagi institusi kewangan untuk hanya memanfaatkan instrumen tradisional dalam memenuhi keperluan pembiayaan berkaitan.