awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV mahu bantu kerajaan kurangkan kos import makanan

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2020
11:37 MYT
FGV mahu bantu kerajaan kurangkan kos import makanan
FGV kini giat meneroka bidang perniagaan lain di samping perniagaan terasnya dalam perladangan sawit, gula dan logistik.
Tindakan FGV Holdings Berhad (FGV) memasuki perusahaan makanan antara lain tujuannya adalah untuk membantu Malaysia mengurangkan kos mengimport makanan yang mencecah RM60 bilion setahun.
Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, faktor itu merupakan antara sebab Lembaga Pengarah bersetuju FGV berkecimpung dalam perusahaan makanan yang lebih stabil.
“Selain itu, kita juga ada rancangan membesarkan ladang. Selain dari kita tumpukan tanaman sawit, kita juga buat pertanian lain seperti nanas, pisang dan kita juga akan menjalinkan hubungan dengan peneroka Felda.
“Ini supaya mereka juga dapat bekerjasama dengan FGV supaya kita dapat majukan industri makanan dan mereka juga berpeluang untuk menjana lebih pendapatan,” katanya dalam sidang media maya di sini selepas selesai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-12 FGV pada Jumaat.
BACA: FGV jangka catat prestasi baik pada suku kedua berikutan peningkatan FFB
Tambahnya, FGV kini giat meneroka bidang perniagaan lain di samping perniagaan terasnya dalam perladangan sawit, gula dan logistik.
“FGV menyasarkan untuk memastikan setiap keputusan adalah untuk jangka masa panjang supaya memberi kesan positif kepada pendapatan serta keuntungan,” katanya.
Sebelum ini, FGV dan anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dilaporkan akan mempercepatkan rancangan membangunkan kawasan pertanian baharu yang dinamakan Lembah Makanan Agro FGV di Chuping, Perlis.
Pengumuman itu dibuat susulan pembatalan perjanjian jual dan beli (SPA) di antara anak syarikat MSM, iaitu MSM Perlis Sdn Bhd (MSM Perlis) dan F&N Agrivalley Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Rimba Perkasa Sdn Bhd) pada 9 April lalu.
Topic Berkaitan
#anak
#Felda
#Felda Holdings Bhd
#FGV
#kerajaan
#Lembaga Pengarah FGV
#Malaysia
#Media
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan