BUSINESS
Ford jangka kerugian AS$1.5 bilion akibat tarif AS, tarik balik unjuran kewangan

Ford menjangkakan kerugian sebanyak US$1.5 bilion dalam keuntungan operasi bagi tahun ini akibat pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump ke atas kenderaan dan alat ganti import. -Gambar fail/AP
SAN JOSE: Pengeluar kenderaan Amerika Syarikat, Ford pada Isnin menjangkakan kerugian sebanyak US$1.5 bilion dalam keuntungan operasi bagi tahun ini, susulan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump ke atas kenderaan dan alat ganti import, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Ford menjangkakan kerugian sebanyak US$1.5 bilion dalam keuntungan operasi bagi tahun ini akibat pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump ke atas kenderaan dan alat ganti import.
- Ford menarik balik unjuran kewangan bagi tahun penuh dan melaporkan penurunan hasil sebanyak lima peratus kepada US$40.7 bilion dalam laporan kewangan suku pertama.
- Pendapatan bersih Ford menjunam kepada US$471 juta daripada US$1.3 bilion sebelumnya, dengan kemerosotan ketara dalam keuntungan operasi segmen enjin pembakaran dalaman dan bahagian kenderaan komersial.
Pada masa sama, Ford turut mengeluarkan laporan kewangan suku pertamanya, mencatatkan penurunan hasil sebanyak lima peratus kepada US$40.7 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan bersih Ford juga menjunam kepada US$471 juta daripada US$1.3 bilion sebelumnya, sebahagian besarnya dipengaruhi kemerosotan ketara dalam keuntungan operasi segmen enjin pembakaran dalaman.
Segmen itu hanya mencatatkan keuntungan operasi sebanyak US$96 juta, berbanding US$901 juta pada tempoh sama tahun lalu, berpunca daripada penyusutan jualan dan kesan negatif tukaran mata wang asing.
Sementara itu, keuntungan operasi daripada bahagian kenderaan komersial turut merosot 56 peratus kepada AS$1.3 bilion, sebahagiannya disebabkan oleh pemberhentian pengeluaran yang dirancang.
Kerugian operasi dalam perniagaan kenderaan elektrik Ford pula mengecil kepada US$849 juta daripada lebih US$1.3 bilion pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami