KUALA LUMPUR: Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang akan berlangsung di Davos, Switzerland pada 22 hingga 26 Mei 2022 merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mewakili Malaysia pada mesyuarat kali ini akan mengadakan beberapa sesi dua hala dan pelbagai hala bersama ketua-ketua negara asing dan syarikat swasta dari luar negara.
"Tengku Zafrul turut dijadualkan berucap sebagai 'speaker/contributor' dalam empat sesi di WEF," demikian menurut Laporan Kewangan Rakyat (LKR) ke-95 yang diterbitkan hari ini.
Menurut laporan tersebut, empat sesi yang akan disertai Tengku Zafrul ialah: 'A Digital ASEAN for All' untuk memberi penerangan mengenai dasar, inisiatif dan hala tuju digitalisasi negara bagi meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap Malaysia; 'Taking the Long View' untuk memberi penerangan akan pencapaian Malaysia dalam melakar pelan jangka masa panjang negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 terutamanya dalam konteks COVID-19;
'Global Risks in an Era of Turbulence' untuk memberi penerangan akan usaha Malaysiadalam menangani risiko global jangka masa panjang; dan Bengkel 'Building Resilience: Financing Local Economies' untuk berkongsi dan bertukar pandangan mengenai dasar, inisiatif dan bantuan Kerajaan dalam membina daya tahan ekonomi negara terutamanya sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi meningkatkan keyakinan komuniti global terhadap Malaysia.
Bertemakan "Working Together, Restoring Trust Taking", WEF akan membincangkan pelbagai isu strategik dan mencari penyelesaian bersama berkaitan perancangan dasar pelbagai pihak untuk menangani masalah ekonomi, alam sekitar, politik dan sosial terutamanya akibat pandemik COVID-19.
Menurut laporan tersebut, secara tidak langsung, penyertaan dalam mesyuarat berkenaan akan menyampaikan suara kepimpinan bagi pihak Malaysia dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.
LKR merupakan penjenamaan semula bagi laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan secara mingguan sejak April, tahun 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua. - Gambar fail/REUTERS

4,111 aduan pencemaran direkod sehingga Jun tahun ini
Daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Kapal karam: 27 kru hilang, kapal terputus dua dibadai ribut
Peluang untuk menemui 27 kru kapal itu dalam keadaan selamat adalah sangat tipis namun operasi pencarian mangsa masih diteruskan.

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos [KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631807512_TBWorldForum.jpg)
[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos
Keperluan bagi Asia Tenggara untuk "bersuara" dan "menjaga kepentingan sendiri" kini menjadi suatu perkara yang lebih penting untuk disegerakan berbanding masa dulu.

Tiga perkara dipelajari daripada WEF 2022, menurut Menteri Kewangan
Soal kerjasama global, kepimpinan dan pendirian berbeza untuk menyelesaikan krisis harus diberi perhatian.

Perang di Ukraine hanya gangguan sementara - Khairy
Khairy berkata peperangan membabitkan kuasa besar bukanlah satu perkara baharu.

Khazanah Nasional fokus ruang pertumbuhan baharu, pengukuhan sektor
Khazanah memperuntukkan RM6 bilion untuk lima tahun ke sektor-sektor yang dapat membangunkan Malaysia.

WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar dalam masa terdekat selepas menerima kelulusan Kabinet.

WEF: Penyelesaian harus melibatkan impak jangka panjang - Tengku Zafrul
Kerajaan tidak hanya melaksanakan penyelesaian jangka pendek ketika menguruskan kesan pandemik COVID-19.

WEF2022: Fokus Malaysia tangani krisis secara jangka panjang
Sesi berkenaan akan memberikan tumpuan tentang bagaimana pemimpin boleh mengekalkan fokus jangka panjang di sebalik perkembangan ekonomi dan tuntutan semasa oleh pelbagai pihak.

'Petronas tak sembang kencang tentang komitmen dalam agenda nyah karbon, diversifikasi'
Sembilan hingga 10 peratus daripada keuntungan setiap tahun akan kami peruntukkan untuk nyah karbon dan diversifikasi.

WEF 2022: Malaysia perlu titik berat ESG dalam Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik
Malaysia perlu menitikberatkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang disertai negara.

WEF 2022: Indeks Daya Saing Pelancongan, Pengembaraan, Malaysia jatuh 9 anak tangga
Malaysia juga ketinggalan berbanding negara jiran Thailand pada kedudukan ke-36 dan Indonesia di tempat ke-32.