KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus hari ini menulis surat kepada pengarang bertajuk "Monetary Policy is Pre-emptive, Not Premature" (Dasar Monetari adalah Langkah Berjaga-Jaga, Bukan Terburu-buru).
Nor Shamsiah menerusi surat itu berkata, keputusan dasar monetari mempengaruhi banyak aspek ekonomi negara, justeru, selalunya keputusan sedemikian akan diperhati dan dibahaskan dengan teliti bukan sahaja oleh pasaran kewangan, tetapi juga oleh orang awam.
Perbualan hangat mengenai keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas pada 3 Mei lepas membuktikan andaian ini.
Menurutnya, memutuskan tentang OPR bukanlah sesuatu yang diambil mudah oleh bank pusat. Terdapat banyak faktor yang dipertimbangkan oleh MPC. Analisis kami adalah berdasarkan kepada rangkaian meluas data dan perbincangan mendalam dengan pelbagai industri dan pengguna.
Selain Penyata Dasar Monetari itu sendiri, BNM juga telah membuat penjelasan lain (sebagai contoh: ringkasan Penyata Dasar Monetari kami, Soalan Lazim) di laman web dan media sosial bank pusat.
Menerusi surat tersebut, beliau berharap dapat menyediakan konteks yang lebih jelas mengenai langkah MPC serta menjelaskan beberapa perkara yang telah dibincangkan dalam perbincangan awam.
Nor Shamsiah berkata, mandat BNM adalah untuk mengekalkan kestabilan harga yang kondusif kepada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia.
Dengan berbuat demikian, Bank Pusat melaksanakan dasar monetari yang memenuhi kepentingan negara dengan sasaran mencapai objektif tersebut yang bermakna bukan hanya mempertimbangkan impak segera kepada tindakan kami, tetapi juga mengambil pandangan jangka panjang tentang langkah-langkah dasar kami, termasuk keputusan OPR, katanya.
Menurutnya, semua bank pusat mengambil langkah-langkah berdasarkan objektif yang sama.
Keputusan mengenai OPR yang diambil sebelum ini dan pada masa ini adalah berdasarkan prinsip tersebut. Pada setiap mesyuarat, MPC menimbangkan dasar dengan sangat berhati-hati - mengimbangi antara risiko kepada pertumbuhan ekonomi dan juga inflasi.
Beliau berkata, semasa mesyuarat berlangsung, mereka akan meneliti dan membincangkan pelbagai indikator (penunjuk) dan model makroekonomi untuk menilai keadaan ekonomi dan inflasi.
"Kami juga menyemak maklum balas dan pemerhatian yang dikongsi dengan kami daripada isi rumah, perniagaan dan pemain pasaran, bagi memahami dengan lebih baik lagi tentang perkembangan dan keadaan ekonomi di lapangan, merentas semua segmen ekonomi di negara ini," katanya.
Menurutnya, adalah penting bagi MPC untuk mengambil pendekatan berhemat dan berpandangan kehadapan. BNM merupakan satu daripada bank pusat pertama di rantau ini yang telah mula menormalkan kadar faedah tahun lepas, dan hasilnya dapat dilihat menerusi kadar inflasi kita yang lebih rendah daripada purata serantau.
"Kami juga mahu ekonomi terus berkembang kukuh, dan bukannya sengaja mengatur pertumbuhan lembap atau malah kemelesetan untuk menurunkan inflasi.
"Dalam usaha menormalkan OPR, kami memastikan untuk melakukannya dengan cara yang berkesan kepada ekonomi kita. Justeru, kenaikan OPR kita adalah secara berhemat dan beransur-ansur. Malahan, ia lebih kecil dan perlahan daripada pelarasan kadar yang dibuat di seluruh rantau pada tahun lalu.
"Kami malahan menghentikan kenaikan dua kali pada tahun lepas untuk menilai kesan kumulatif kenaikan OPR," katanya.
Ini kerana, katanya, tindakan dasar monetari mengambil masa untuk memberi kesan kepada ekonomi, dan perlu dipantau dengan rapat untuk melihat sekiranya terdapat petanda ia akan mengetatkan lagi keadaan monetari.
Menurutnya, gambaran yang diperoleh semasa mesyuarat MPC pada 3 Mei lepas dan mesyuarat lain baru-baru ini adalah: Ekonomi kita terus menunjukkan kekuatan. Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 5.6 peratus bagi Suku Pertama 2023 adalah lebih kukuh daripada tempoh sebelum pandemik manakala pengambilan pekerjaan juga meningkat.
"Kami melihat pelbagai indikator yang menonjolkan kekuatan berterusan permintaan domestik: perbelanjaan runcit, jualan kereta penumpang, ketibaan pelancong dan banyak lagi. Pada masa depan kami menjangkakan prospek pertumbuhan akan kekal berdaya tahan berdasarkan banyak penunjuk yang progresif antaranya termasuklah pertumbuhan pinjaman, perniagaan merentas semua sektor, pesanan eksport dan prospek perniagaan," katanya.
MPC melihat indikator yang meluas untuk memberi pandangan tentang prospek pertumbuhan dan inflasi selain mempertimbangkan semua maklumat yang berkaitan, baik global mahupun domestik secara holistik.
Ini penting bagi MPC untuk membuat pertimbangan berdasarkan maklumat mengenai keadaan ekonomi.
TIADA ALASAN NAIKKAN KADAR SELEPAS DIHENTIKAN SEKETIKA DITAMBAH DENGAN INFLASI MENYEDERHANA
Nor Shamsiah berkata, mengenai inflasi, gambarannya lebih berbeza. Seperti yang diperhatikan oleh sesetengah pihak, tekanan kos telah berkurangan. Inflasi keseluruhan lebih rendah, berada pada purata 3.6 peratus pada suku pertama berbanding 3.9 peratus untuk suku sebelumnya.
Sebahagian besar aliran menurun ini didorong oleh harga RON97 yang lebih rendah, yang menyumbang kira-kira dua pertiga daripada penurunan pada suku pertama.
Bagaimanapun, katanya, meskipun berlaku beberapa penyederhanaan, harga dijangka terus tinggi berbanding apa yang telah biasa dialami rakyat. Ini kerana permintaan terus kekal kukuh, didorong oleh pemulihan ekonomi.
Inflasi teras, yang merupakan proksi inflasi didorong permintaan terus kekal tinggi, dengan purata 3.9 peratus pada suku pertama berbanding purata jangka panjang pada 2.1 peratus.
Ringkasnya, dari perspektif makroekonomi, keadaan ekonomi bahkan telah melepasi tahap sebelum pandemik. Oleh itu, adalah wajar agar dasar makroekonomi diubah suai semula untuk mencerminkan perkara ini dan secara umumnya, kembali ke tahap sebelum pandemik.
Sehubungan itu, MPC memutuskan bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk menormalkan OPR. "Walaupun ada yang mendakwa bahawa penormalan dasar kami adalah "pramatang", kami menyasar untuk mengambil langkah berjaga-jaga kerana ia kurang menjejaskan ekonomi daripada menunggu sehingga sudah terlambat untuk bertindak.
"Negara akan terpaksa menaikkan OPR lebih tinggi dan lebih pantas untuk menurunkan inflasi sekiranya ia semakin meningkat - seperti yang kita boleh lihat berlaku di negara lain," katanya.
Terdapat juga bahaya mengekalkan persekitaran kadar faedah 'terlalu rendah bagi tempoh yang lama', dengan kesan yang menjejaskan ekonomi. Impak kemusnahan daripada krisis kewangan global yang berlaku dalam dua dekad kebelakangan ini, yang berpunca daripada pasaran perumahan AS, merupakan satu peringatan yang perlu diambil dengan serius.
Menurutnya, sebelum keputusan pada bulan Mei itu, kenaikan seterusnya OPR rata-ratanya telah dijangkakan oleh pemerhati pasaran kewangan selaras dengan pendirian penormalan secara beransur-ansur oleh bank pusat, walaupun terdapat pandangan berbeza mengenai masa yang tepat bagi kenaikan itu.
"Ramai yang menjangkakan kami akan menaikkannya pada separuh kedua tahun ini, namun ada yang menyatakan bahawa ia adalah tepat pada masanya berbuat demikian pada bulan Mei untuk mengelakkan inflasi daripada berakar umbi memandangkan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan.
"Kita masih belum pulih sepenuhnya dan kita perlu sentiasa berjaga-jaga," katanya.
KENAIKAN OPR MEMBEBANKAN PEMINJAM
Menurutnya, BNM menyedari bahawa ada sesetengah orang yang mungkin lebih teruk terjejas daripada yang lain disebabkan oleh kenaikan OPR.
OPR ialah instrumen untuk menyediakan kestabilan harga. Di dalam ekonomi ia tidak membezakan antara mereka yang mempunyai pinjaman dan mereka yang tidak mempunyai pinjaman.
Justeru, katanya, mana-mana peminjam - tidak kira golongan B40, atau M40, atau mana-mana individu atau perniagaan - yang mungkin menghadapi kesukaran untuk membayar pinjaman boleh menghubungi bank mereka masing-masing atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mencari cara pembayaran balik alternatif yang sesuai untuk mereka.
Bagaimanapun, katanya, lebih 50 peratus pinjaman daripada golongan B40 dan kumpulan yang terkesan adalah dalam instrumen kadar tetap.
Jadi bayaran balik bulanan mereka daripada pinjaman kadar tetap ini tidak akan terjejas oleh kenaikan OPR.
Namun begitu, katanya, jika kita tidak menangani tekanan harga yang berlebihan seperti yang kita lihat dalam beberapa ekonomi lain, ia akan menjejaskan semua orang.
"B40 dan kumpulan yang terkesan akan menjadi golongan paling terjejas jika kita tidak berjaya mengawal inflasi dan kita juga tidak akan dapat mengekalkan pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa panjang. Kita tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku," katanya.
OPR TIDAK MEMBANTU RINGGIT
Menurutnya, nilai ringgit berbanding mata wang lain ditentukan oleh pasaran. Ia mencerminkan perkembangan berterusan di dalam dan luar negara. Pada masa ini, pergerakan dolar AS terus menjadi faktor utama yang mempengaruhi mata wang lain, termasuk ringgit.
Khususnya, permintaan lebih tinggi terhadap dolar AS sebahagiannya disebabkan oleh ketidakpastian terhadap had siling hutang kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan data ekonomi China yang mengecewakan pada bulan April.
Sentimen terhadap ringgit turut terjejas oleh pandangan mengenai kepentingan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China
Selain itu, katanya, kenaikan OPR Malaysia dilakukan pada kadar yang lebih beransur-ansur berbanding negara utama serantau lain, yang sekali gus menjadikannya kenaikan paling rendah di rantau ini.
"Di bawah rejim kadar pertukaran yang fleksibel, adalah munasabah untuk menjangkakan ringgit akan turun naik dari masa ke semasa. Pelarasan ini perlu untuk membolehkan ekonomi domestik menyesuaikan diri dengan kejutan ekonomi dan kewangan global," katanya.
Pada 2022, pada satu ketika ringgit bergerak turun naik sehingga 11.5 peratus antara akhir Mac hingga awal November, sebelum meningkat menjelang akhir tahun.
Namun, ekonomi sebenar berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun itu. Ini adalah bagaimana kadar pertukaran dan pasaran kewangan yang lebih kukuh menampan kita daripada kejutan luaran yang buruk.
Nor Shamsiah berkata, Malaysia kekal sebagai ekonomi terbuka dan peranan BNM adalah untuk memastikan bahawa dalam jangka pendek, volatiliti berlebihan ringgit dapat dibendung.
Keutamaan dasar kini adalah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil dan mengukuhkan lagi asas ekonomi domestik melalui pembaharuan struktur.
BNM terus kekal komited menggesa dan menyokong pembaharuan struktur dan langkah ini akan menyediakan sokongan padu terhadap ringgit berbanding langkah-langkah jangka pendek atau keputusan dasar monetari.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Nor Shamsiah berkata, mandat BNM adalah untuk mengekalkan kestabilan harga yang kondusif kepada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

Pelancong hilang: SAR di Gunung Jasar temukan kesan tapak kaki kemungkinan jejak mangsa
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.

Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia
Memandangkan gluten boleh cetuskan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
AWANI Ringkas: Sukan Asia - Ekuestrian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sindiket seludup makan sejuk beku lebih RM2 juta tumpas di Sandakan
WCB/PSK JKDNKA PDRM, PGA Sabah dan JPVS, menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf, yang dianggarkan bernilai RM2,722,604 di sini malam tadi.
China lancar kereta api berkelajuan tinggi merentas laut pertama
China melancarkan landasan kereta api berkelajuan tinggi pertamanya yang akan merentasi beberapa teluk serta menyusuri sepanjang pantai wilayah tenggara Fujian berhampiran Selat Taiwan, lapor media kerajaan hari ini.
Malaysia cipta sejarah rangkul emas acara ekuestrian
Malaysia cipta sejarah apabila rangkul emas kali pertama bagi acara ekuestrian.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Skuad skuasy wanita bertemu Korea Selatan di separuh akhir
Pasukan skuasy wanita negara, yang menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa kalah, akan berdepan Korea Selatan dalam separuh akhir acara berpasukan esok.

Gabenor BNM: Dasar Monetari adalah langkah berjaga-jaga, bukan terburu-buru
Nor Shamsiah berkata, mandat BNM adalah untuk mengekalkan kestabilan harga yang kondusif kepada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia.

Gabenor BNM Nor Shamsiah 'kunci mulut' soal pelantikan semula
Beliau dilantik sebagai gabenor bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2023.

Penilaian bank digital selaras undang-undang, tiada rancangan keluarkan lebih banyak lesen - BNM
Gabenor Bank Negara berkongsi butiran terperinci mengenai penilaian dan pemilihan lima konsortium bagi lesen bank digital.

Moratorium: Mansuh faedah terakru beri impak jangka masa panjang bank, pemulihan ekonomi
Faedah terakru bank-bank di negara ini menerusi moratorium hampir RM1.4 trilion iaitu bersamaan 73% daripada sistem pinjaman bank tersedia.

Unjuran KDNK negara turun antara 3.0 hingga 4.0 peratus berbanding unjuran sebelum ini
Pertumbuhan ekonomi negara diunjurkan antara tiga hingga empat peratus lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini antara 6.0 hingga 7.0 peratus.

Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.

Hutang isi rumah susut kepada 83 peratus tahun lepas - BNM
Pertumbuhan hutang isi rumah pada 2018 terus berkurangan pada 4.7 peratus, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan.

Pelantikan Shamsiah mencerminkan institusi yang positif - Pakar Ekonomi
Ketua Pakar Ekonomi Alliance Bank, Manokaran Motain, menyifatkan pelantikan Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai sesuatu yang positif.

Pembiayaan keganasan: 346 transaksi mencurigakan dikesan - BNM
Daripada jumlah itu, 34 didedahkan untuk tindakan lanjut agensi penguat kuasa.

Infografik: Biodata Gabenor Baru Bank Negara Malaysia
Infografik: Biodata Gabenor Baru Bank Negara Malaysia.