awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
12/11/2024
15:00 MYT
Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menggalakkan pendapatan pelaburan asing syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibawa balik dan ditukar kepada ringgit tidak melibatkan sebarang penjualan pegangan aset dan pelaburan mereka di luar negara.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.
Menurutnya, tindakan bersepadu tersebut membantu mewujudkan aliran dua hala dalam pasaran pertukaran asing domestik negara, yang membantu menyokong ringgit dan mengukuhkan keyakinan sektor perniagaan.
"Tindakan bersepadu ini akan diteruskan dan ia boleh menyumbang kepada pengukuhan sentimen dan nilai ringgit.
"Kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika mengukuh lebih kuat berbanding sembilan negara serantau yang lain iaitu pada kedudukan pertama semenjak langkah koordinasi ini dilaksanakan pada 26 Februari 2024," kata Amir Hamzah.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Setakat 11 Nov 2024, ringgit telah mengukuh sebanyak 4.2 peratus berbanding dolar AS, katanya.
"Dalam masa yang sama, ringgit juga mengukuh berbanding mata wang negara serantau iaitu sebanyak 13.5 peratus berbanding Yen, 12.9 peratus berbanding Won, 6.1 peratus berbanding Rupiah dan 4.9 peratus berbanding Baht.
"Jumlah purata hasil harian pertukaran asing telah meningkat daripada US$15 bilion antara 29 Dis 2023 hingga 26 Feb 2024, kepada US$18.2 bilion antara 26 Feb 2024 hingga 11 Nov, 2024," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan asing
#pendapatan pelaburan asing
#GLC
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan