PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu

Nawaf Salam berkata, kedaulatan dan reformasi merupakan dua tonggak utama untuk 'menyelamatkan Lubnan' serta memulihkan keselamatan rakyatnya. - Gambar fail/REUTERS
BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam, pada Selasa berkata Lubnan tidak boleh terheret ke dalam sebarang konflik baharu, lapor Xinhua.
"Kami tidak akan membenarkan Lubnan diseret ke dalam kancah konflik baharu, terutama selepas kos yang sangat tinggi akibat perang menyokong Gaza.
"Kita mesti melindungi diri dengan berdiri bersama negara dan tidak melibatkan Lubnan dalam peperangan yang tiada kaitan dengan kita," kata Salam semasa sesi dialog di Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai.
Beliau menambah bahawa kedaulatan dan reformasi merupakan dua tonggak utama untuk "menyelamatkan Lubnan" serta memulihkan keselamatan rakyatnya.
"Kami komited terhadap laluan reformasi dan untuk memulihkan kedaulatan Lubnan ... Apa yang kami minta daripada saudara Arab dan dunia hanyalah menyokong kami, bukan menggantikan kami," katanya.
Hizbullah di Lubnan dan Israel tercetus konflik susulan perang Gaza pada Oktober 2023.
Di bawah pengantaraan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, Lubnan dan Israel mencapai gencatan senjata rapuh yang berkuat kuasa pada 27 Nov 2024.
Bagaimanapun, Israel terus melancarkan serangan ke atas Lubnan terhadap apa yang disifatkannya sebagai "ancaman Hizbullah," dan mengekalkan kehadiran tenteranya di lima lokasi utama di kawasan sempadan Lubnan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pernyataan penting yang dibuat oleh Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam berkenaan keselamatan negara dalam dialog di Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai? A: Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam menegaskan bahawa Lubnan tidak boleh terlibat dalam konflik baharu dan mesti melindungi diri dengan berdiri bersama negara.
- Q: Apakah tindakan yang ditekankan oleh Nawaf Salam untuk menyelamatkan Lubnan? A: Nawaf Salam menekankan pentingnya kedaulatan dan reformasi sebagai aspek utama untuk "menyelamatkan Lubnan" serta memulihkan keselamatan rakyatnya.
- Q: Apabila gencatan senjata antara Lubnan dan Israel berkuat kuasa? A: Gencatan senjata rapuh antara Lubnan dan Israel berkuat kuasa pada 27 November 2024 di bawah pengantaraan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.
- Q: Apakah yang disifatkan oleh Israel sebagai alasan mereka untuk melancarkan serangan ke atas Lubnan? A: Israel terus melancarkan serangan ke atas Lubnan sebagai tindak balas terhadap apa yang mereka percayai sebagai "ancaman Hizbullah".
- Q: Di mana sahaja Israel mengekalkan kehadiran tentera mereka di kawasan sempadan Lubnan? A: Israel masih mengekalkan kehadiran tenteranya di lima lokasi utama di kawasan sempadan Lubnan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

