KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menggalakkan pelaburan langsung domestik (DDI) secara agresif sama seperti yang dilakukan bagi pelaburan langsung asing (FDI), kerana kedua-duanya sama penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata mencapai keseimbangan antara DDI dan FDI adalah penting kerana kedua-duanya saling melengkapi.
"Dalam melangkah maju, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan sektor swasta untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih mesra dan cekap untuk pelabur domestik dan asing.
"Kerajaan akan terus mengadakan libat urus dan perbincangan terbuka untuk mengumpulkan maklum balas yang membina daripada komuniti perniagaan dan pelaburan," katanya pada forum 'How to Revive Domestic Direct Investment?' (Bagaimana untuk Merancakkan Kembali Pelaburan Langsung Domestik) secara maya anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) pada Jumaat.
Mustapa berkata kerajaan mengakui keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.
"Matlamatnya untuk pelaburan swasta meningkat 3.8 peratus setahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berbanding 1.2 peratus setahun dalam RMK11,'' katanya.
Beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan sedang berusaha mengembangkan dan melaksanakan dasar yang membolehkan negara merealisasikan potensi ekonomi dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
Pelaburan swasta penting untuk memacu ekonomi yang mampan pasca-COVID-19, katanya.
Beliau berkata sebelum pandemik itu melanda, pelaburan swasta meningkat sebanyak 4.8 peratus setiap tahun dari 2016 hingga 2019.
Bagaimanapun pada 2020, ia susut sebanyak 11.9 peratus, sebelum mencatatkan peningkatan semula secara sederhana 2.6 peratus pada 2021, katanya.
Beliau berkata pelaburan swasta menyumbang 15.6 peratus kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2021.
Mustapa berkata RMK12 bertujuan memulakan semula dan memberikan nafas baru kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia untuk kemampanan dan kemakmuran jangka masa panjang di samping menambah baik kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan juga menerima pakai Aspirasi Pelaburan Nasional bagi menyegarkan semula iklim pelaburan Malaysia dengan meletakkan pendekatan komprehensif untuk mempertingkatkan ekosistem pelaburan dalam bertindak balas terhadap aliran yang sedang pesat serta memenuhi keperluan pelabur yang semakin berkembang,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Mustapa berkata mencapai keseimbangan antara DDI dan FDI adalah penting kerana kedua-duanya saling melengkapi. - Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Galakkan DDI secara agresif sama seperti FDI - Mustapa
Mustapa berkata mencapai keseimbangan antara DDI dan FDI adalah penting kerana kedua-duanya saling melengkapi.