KUALA LUMPUR: GDEX Bhd. merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.9 juta berbanding keuntungan bersih RM5.58 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Bagi tempoh itu, pendapatan juga susut 13.2% kepada RM91.9 juta, daripada RM105.81 juta bagi tempoh sama tahun kewangan 2021, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Selasa.
Ini berikutan pendapatan daripada segmen perkhidmatan kurier adalah lebih rendah pada suku berkenaan, berjumlah RM82.4 juta, susut 14.6%.
Segmen tersebut mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM3.2 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM6.9 juta bagi tahun sebelumnya terutamanya disebabkan persaingan harga yang sengit, selain penyertaan pemain baharu dan juga kos operasi yang lebih tinggi.
Sementara itu, pendapatan dan keuntungan sebelum cukai bagi segmen perkhidmatan logistik kekal kukuh dengan masing-masing meningkat 2% dan 62.7% kepada RM9.5 juta dan RM1.5 juta berikutan kecekapan operasi yang lebih baik dalam aktiviti logistik.
Segmen pelaburan hartanah pula mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak RM774,000 disebabkan kos penyelenggaraan yang ditanggung dan pengelasan semula pelaburan kepada hartanah, loji dan peralatan.
Pengarah Urusan GDEX, Teong Teck Lean berkata, walaupun mengekalkan kedudukan yang kukuh secara keseluruhan di 3 pasaran utama Asia Tenggara, tetapi kumpulan akan terus menghadapi ketidaktentuan di Malaysia yang berpunca daripada harga yang kompetitif berikutan penyertaan pemain baharu dalam pasaran dan kos operasi lebih tinggi.
Katanya, kumpulan akan terus melabur dalam modal insan dan mengembangkan penawaran produknya melalui platform digital, serta mengukuhkan infrastruktur teknologi maklumat dan rangkaian penyampaian intra-ASEAN.
"Bagi rancangan pengembangan perniagaan, kumpulan akan meneroka peluang perniagaan yang berpotensi di peringkat domestik dan serantau untuk meningkatkan ekosistemnya," katanya. - DagangNews
Dagang News
Wed May 25 2022

GDEX Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.9 juta berbanding keuntungan bersih RM5.58 juta. - Foto fail/DagangNews

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

GDEX alami kerugian bersih RM1.9 juta pada suku pertama 2022
GDEX Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.9 juta berbanding keuntungan bersih RM5.58 juta