awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kronologi kehilangan pelakon Nadia Kesuma
Kemalangan kereta api dan bas di Hamburg, seorang maut, 3 parah
Mahasiswa cadang penyaluran SARA diperluas kepada e-dompet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada polis Arab Saudi

Bernama
Bernama
17/01/2026
06:15 MYT
Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada polis Arab Saudi
Media melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik itu gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis.
PUTRAJAYA: Kehilangan pelakon Nadia Kesuma yang dikatakan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis lepas telah dilaporkan kepada polis Arab Saudi.
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman berkata laporan mengenai kehilangan pelakon itu telah dibuat dan pihaknya menunggu hasil siasatan polis Arab Saudi.
"Kita sedang tunggu hasil penyiasatan (daripada pihak polis Arab Saudi)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hari ini, Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata laporan kehilangan pelakon Nadia Kesuma kini dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi.
Beliau berkata laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga pelakon itu di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA semalam, diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).
Media melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik itu gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis.
Kehilangan itu turut disahkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), semalam.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata beliau secara peribadi telah memaklumkan perkara terbabit kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menjejaki pelakon berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nadia Kesuma
#kehilangan Nadia Kesuma
#laporan polis
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan