Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0) akan memberi tumpuan khusus kepada kerjasama ekonomi dengan Korea Selatan dan buat permulaan ia akan seiring dengan Program Transformasi Ekonomi Malaysia dan Inisiatif Ekonomi Kreatif Korea Selatan.
Beliau berkata penekanan akan diberikan terhadap usaha membangunkan sektor strategik seperti automotif, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perdagangan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan untuk memanfaatkan ekosistem persekitaran perdagangan dan pelaburan masing-masing.
"Bagi memacu pelaksanaan LEP 2.0, kerajaan Malaysia dan Korea Selatan akan memanfaatkan saluran kerjasama sedia ada bagi Kerjasama Perindustrian Dua Hala dalam automotif, elektrik dan elektronik/ICT, serta perdagangan dan pelaburan untuk meneroka bidang kerjasama baharu," katanya kepada media Malaysia di sini pada Selasa.
Mustapa berada di sini sebagai anggota delegasi Malaysia dalam lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke Korea Selatan yang bermula hari ini.
Menteri itu berkata rakyat Malaysia telah mendapat manfaat lebih tiga dekad daripada Dasar Pandang ke Timur dengan Korea Selatan, terutamanya dalam mendapatkan latihan dan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di Korea.
Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh di Korea selatan telah membantu memperkayakan ekonomi Malaysia dan kini gelombang kedua dasar berkenaan lebih berorientasikan ekonomi.
Bagaimanapun, LEP 2.0, kata beliau, akan terus memanfaatkan program pembangunan modal insan sedia ada seperti program pertukaran belia dan biasiswa oleh kerajaan Malaysia dan juga kerajaan Korea Selatan.
Biasiswa berkenaan diberikan melalui program biasiswa JPA, biasiswa oleh universiti utama Korea termasuk Seoul National University, Information and Cooperation University dan Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) serta Agensi Kerjasama Antarabangsa Korea (KOICA).
Mustapa berkata Korea Selatan merupakan rakan dagang utama Malaysia dan merupakan rakan dagang Malaysia ketujuh terbesar pada tahun 2013.
Sejak 10 tahun lepas, pertumbuhan tahunan purata perdagangan dua hala antara
Malaysia dan Korea Selatan dicatatkan pada 8.07 peratus. Mustapa berkata pada 2013, jumlah perdagangan dengan Korea Selatan meningkat 13.6 peratus kepada US$18.03 bilion (RM56.85 bilion) daripada US$16.20 bilion (RM50.04 bilion) pada 2012.
Dari Januari hingga Oktober tahun ini, perdagangan meningkat 7.9 peratus kepada US$15.41 bilion.
Syarikat-syarikat Korea Selatan, kata beliau, terus menjadi antara pelabur utama di Malaysia dan pada 2013, mereka merupakan pelabur kedua terbesar dengan pelaburan diluluskan berjumlah US$1.67 bilion dalam 13 projek pembuatan.
Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, Korea Selatan kekal antara 10 pelabur asing utama dengan pelaburan diluluskan berjumlah US$472 juta dalam barangan elektronik dan elektrik, produk logam asas, produk plastik serta kayu dan produk kayu.
Mustapa juga berkata sebagai Pengerusi Asean tahun depan, Malaysia akan juga bekerjasama dengan rakan-rakan Aseannya untuk menyediakan komuniti perniagaan di Asean untuk persekitaran yang baharu, terutamanya apabila Komuniti Ekonomi Asean (AEC) ditubuhkan pada akhir tahun depan.
"Penekanan sewajarnya akan diberikan bagi memperkukuhkan PKS yang merupakan tulang belakang semua ekonomi di rantau ini dengan meningkatkan penyertaan mereka dalam dunia pengeluaran dan rantaian bekalan, yang kami percaya akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Asean.
"Bertemakan 'Ke arah Asean Berpaksikan Rakyat', Malaysia berharap dapat menyumbang kepada integrasi ekonomi serantau, termasuk merealisasikan AEC dan pembangunan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)," katanya.
Bernama
Tue Dec 09 2014
MUSTAPA: Rakyat Malaysia telah mendapat manfaat lebih tiga dekad daripada Dasar Pandang ke Timur dengan Korea Selatan. - Foto Bernama
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gelombang kedua dasar pandang ke timur tumpu kerjasama ekonomi dengan Korea Selatan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur akan memberi tumpuan khusus kepada kerjasama ekonomi dengan Korea Selatan.