awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran tegaskan tidak akan berusaha bangunkan senjata nuklear - Jurucakap kerajaan

Bernama
Bernama
04/11/2025
22:40 MYT
Iran tegaskan tidak akan berusaha bangunkan senjata nuklear - Jurucakap kerajaan
Fatemeh menegaskan bahawa terdapat kesepakatan dan penyelarasan penuh antara kerajaan dan Parlimen dalam hal berkenaan. - Foto X/@fr_presstv
TEHRAN: Iran tidak akan pernah berusaha membangunkan senjata nuklear berasaskan prinsip budaya, agama dan etika, kata jurucakap kerajaan Fatemeh Mohajerani.

Ringkasan AI
  • Iran menegaskan bahawa mereka tidak akan membangunkan senjata nuklear berdasarkan prinsip budaya, agama, dan etika negara tersebut, seperti yang diumumkan oleh jurucakap kerajaan, Fatemeh Mohajerani.
  • Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, juga menyatakan bahawa Iran tidak mempunyai program nuklear bersifat ketenteraan.
  • Iran memberikan tiga sebab utama untuk menegaskan keputusan mereka; antaranya adalah asas budaya dan sejarah, kepercayaan agama yang melarang penggunaan senjata nuklear, serta prinsip etika kemanusiaan dan moral negara.

Agensi Berita IRNA melaporkan bahawa dalam sidang media mingguannya pada Selasa, Fatemeh merujuk kepada kenyataan terbaharu Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi mengenai aktiviti nuklear Iran.
"Beliau (Grossi) menegaskan bahawa Iran tidak pernah dan tidak mempunyai program nuklear bersifat ketenteraan," katanya.
Fatemeh berkata terdapat tiga sebab utama mengapa Iran tidak akan berusaha membangunkan bom nuklear.
"Pertama, asas budaya dan sejarah kami tidak sehaluan dengan tindakan sedemikian. Kedua, kepercayaan agama kami berlandaskan fatwa yang jelas menyatakan bahawa penghasilan dan penggunaan senjata nuklear adalah haram. Ketiga, asas etika bangsa Iran berpaksikan prinsip kemanusiaan dan moral," katanya.
Beliau berkata kerjasama Iran dengan IAEA dijalankan di bawah panduan Majlis Tertinggi Keselamatan Negara (SNSC) bagi memastikan semua tindakan selaras dengan kepentingan negara.
Fatemeh menegaskan bahawa terdapat kesepakatan dan penyelarasan penuh antara kerajaan dan Parlimen dalam hal berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#senjata nuklear
#Fatemeh Mohajerani
#IAEA
#snsc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami