awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gentari bekal tenaga boleh baharu kepada Amazon di India

Bernama
Bernama
05/08/2025
07:50 MYT
Gentari bekal tenaga boleh baharu kepada Amazon di India
Gentari berkata perjanjian itu menandakan langkah pengukuhan dalam mencapai cita-cita untuk menyediakan projek TBB berskala utiliti yang baharu dan menjimatkan kos.
KUALA LUMPUR: Gentari Sdn Bhd menerusi Gentari Renewables Sdn Bhd memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Amazon Web Services (AWS) bagi membekal tenaga boleh baharu (TBB) daripada projek tenaga angin denga kapasiti 80-megawatt (MW) di Tamil Nadu, India.

Ringkasan AI
  • Gentari Renewables memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Amazon Web Services (AWS) bagi membekal tenaga angin 80MW dari Tamil Nadu, India, yang dijangka beroperasi pertengahan 2027.
  • Projek ini dijangka menjana sehingga 300,000 MWh tenaga boleh baharu setiap tahun, menyokong sasaran AWS mencapai karbon sifar bersih menjelang 2040.
  • Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam mempercepatkan peralihan tenaga bersih dan menangani keperluan tenaga di kawasan yang memerlukan secara praktikal dan berskala.

Dalam satu kenyataan hari ini, penyedia penyelesaian tenaga bersih itu berkata perjanjian itu menandakan langkah pengukuhan dalam mencapai cita-cita untuk menyediakan projek TBB berskala utiliti yang baharu dan menjimatkan kos.
"Projek ini dijangka beroperasi pada pertengahan 2027, dan menjana sehingga kira-kira 300,000 megawatt-jam (MWh) TBB setiap tahun.
"Menerusi pembekalan TBB ini, Gentari memajukan visi mereka untuk mengaplikasikan tenaga bersih sambil menyokong sasaran AWS mencapai karbon sifar bersih menjelang 2040," kata kenyataan itu.
Gentari berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen bersama dalam memajukan penyelesaian tenaga yang lebih praktikal, boleh skala dan bersih - penting untuk peralihan Asia dan dunia ke arah masa depan rendah karbon.
Ketua Pegawai Eksekutif Sushil Purohit berkata menerusi projek ini syarikat bukan sahaja menambah kapasiti TBB tetapi juga menangani keperluan tenaga sebenar di kawasan yang paling memerlukan.
"Bersama AWS, kami komited untuk memberikan impak nyata dengan tindakan serta membantu mempercepatkan peralihan ekosistem tenaga secara menyeluruh ," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gentari
#tenaga boleh baharu
#AMAZON WEB SERVICES
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan