KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mengalu-alukan inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) yang disasarkan untuk meningkatkan prestasi di samping membantu mereka bersiap siaga dengan amalan terbaik.
Inisiatif tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, sejajar dengan keperluan masa kini, usaha dan langkah perlu diambil bagi mendepani persekitaran global yang semakin kompetitif walaupun GLIC telah menjadi tonggak pembangunan ekonomi Malaysia sejak enam dekad yang lalu.
"PERKUKUH adalah platform tepat bagi Malaysia untuk menghadapi krisis masa kini.
"Tidak dinafikan pandemik ini memberi cabaran hebat, namun kita telah mengatasi pelbagai cabaran ekonomi sebelum ini dan kini sudah tiba masanya untuk GLIC menerajui fasa transformasi baru bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara," kata Amrin dalam satu kenyataan, hari ini.
PERKUKUH juga memberi peluang kepada TH untuk menyusun semula dan memperkukuhkan urus tadbir dan kedudukan kewangannya, katanya.
BACA: Perdana Menteri lancar PERKUKUH, perbaharui keupayaan GLIC Malaysia
Khazanah Nasional Bhd berkata, dalam memainkan peranannya dalam inisiatif koordinasi ekosistem pertumbuhan baharu di bawah PERKUKUH, ia akan memberikan sokongan yang diperlukan kepada Kementerian Kewangan bagi melaksanakan pendekatan pihak berkepentingan yang terangkum dalam usaha untuk memperkemaskan lagi koordinasi serta proses bagi mencapai objektif memacu sumber pertumbuhan ekonomi baharu.
"Khazanah akan mengemukakan perincian lanjut dari semasa ke semasa apabila inisiatif khusus yang berkaitan PERKUKUH dilancarkan," kata dana pelaburan negara itu dalam satu kenyataan berasingan sambil menambah ia akan terus memperkemaskan lagi strategi dan proses pelaburannya untuk pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab.
Sementara itu sebagai pelabur institusi yang berobjektifkan untuk mengoptimumkan pulangan bagi ahli secara lestari, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong penuh inisiatif untuk memperkenalkan Dana Pelaburan Hijau bercirikan 'opt-in' yang akan memperkasakan ahli untuk membuat pilihan pelaburan yang mencerminkan nilai dan matlamat peribadi.
"Inisiatif jangka masa sederhana hingga panjang ini juga akan menyumbang kepada komitmen kelestarian KWSP, di samping mencapai objektif sosioekonomi nasional dalam merancakkan ekonomi hijau dan menggalakkan impak sosial yang positif," katanya.
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Arifin Zakaria pula berkata pengurus dana itu akan memperuntukkan sumber yang besar untuk alam sekitar, sosial, tadbir urus (ESG)) bagi memastikan peralihan portfolio pelaburan ke arah model dan amalan perniagaan mampan.
"Pada pandangan kami, pulangan mampan jangka panjang hanya boleh diperoleh daripada amalan lestari," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021
AMRIN: PERKUKUH adalah platform tepat bagi Malaysia untuk menghadapi krisis masa kini. -Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar
Perdana Menteri meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara.
Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 - Steven Sim
Jumlah dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos, 2023.
GLIC, GLC berperanan realisasikan pembangunan Malaysia Madani - PM
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan dalam menyumbang dan merealisasikan pembangunan Malaysia Madani.
Pelantikan pengerusi badan berkanun, GLC perlu dibuat teliti
Pelantikan jawatan pengerusi Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu dilakukan secara teliti dan tidak terburu-buru.
GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC sebagai Ahli Lembaga Pengarah - PM Ismail Sabri
Langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.
GLIC/GLC pemangkin pemulihan, pembangunan negara pascapandemik - Tengku Zafrul
Dasar kerajaan memperkasakan GLIC/GLC telah memberi keupayaan untuk mereka melebarkan sayap ke seluruh dunia.
PM berbuka bersama warga kerja GLC, GLIC dan badan berkanun
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama warga kerja GLC, GLIC dan badan berkanun Persekutuan di kediaman rasmi Seri Perdana.
GLC, GLIC perlu fokus usaha terhadap Keluarga Malaysia, perniagaan dan ekonomi pada 2022 - Ismail Sabri
Pemulihan ekonomi perlu diberi perhatian oleh GLC dan GLIC supaya kembali mampan dan merapatkan semula jurang ekonomi.