KUALA LUMPUR: Tidak kiralah sama ada ketika menyambut ulang tahun kelahiran mahupun kehadiran sesuatu perayaan, ramai semestinya mengimpikan untuk meraikan hari tersebut dengan perkara yang menggembirakan. 

Mengambil semangat itu, sempena memasuki ulang tahun ke-8, pada tahun ini, platform beli-belah terkemuka, Go Shop tidak ketinggalan memberikan pelbagai ganjaran dan tawaran menarik khas buat menggembirakan pelanggan setia mereka.

Menurut hos utama Go Shop, Raianna A Rahman, pelanggan setia mereka bukan sahaja berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik serta Go Points, malah mereka turut ditawarkan dengan pembelian beli satu percuma satu.

“Kempen ini akan berlangsung hari ini sehingga 8 November 2022, tetapi yang paling istimewa adalah semasa live parties kita di mana anda semua akan dapat bawa pulang pelbagai produk menarik dengan tawaran yang sangat berbaloi.

“Kita akan ada promosi beli satu percuma satu yang lebih banyak berbanding sebelum ini,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.

Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai hadiah apabila mereka membeli Emoji Mystery Boxes berharga RM18 yang terdiri daripada produk hebat merangkumi jenama-jenama seperti Neoflam, Aurasia, Haushault, Nakada, Pyrex dan banyak lagi yang bernilai lebih RM100,000.

Turut diadakan acara Go Shop 8mazing Live Parties yang bakal dimeriahkan dengan kehadiran tetamu selebriti seperti Wong Chui Ling, Datin Fouziah Gous, Chef Izyan Hani dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pelanggan boleh menonton Go Shop 8mazing Live Parties pada 29 Oktober bermula 9 pagi hingga 1 petang di saluran 303 dan 30 Oktober bermula 9.30 pagi sehingga 1.30 petang di saluran Rumma (CH118) termasuk saluran saluran Astro Ria (104) dan Astro Prima (105).

Selain itu, anda juga boleh menonton acara ini secara strim menerusi Astro Go, aplikasi dan laman sesawang Go Shop serta di platform YouTube serta Facebook Go Shop.