Ketua Pegawai Eksekutif firma pelaburan antarabangsa Goldman Sachs, David Solomon telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaan pembabitan syarikat berkenaan dalam skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini susulan peranan bekas rakan kongsi Asia Tenggara, Tim Leissner mendakwa beliau adalah 'salah seorang dari individu-individu terbabit". Atas pembabitan Leissner kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Bagaimana pun, Solomon mempertahankan firma itu turut jadi mangsa dalam skandal 1MDB.

Malaysia telah menfailkan tuduhan jenayah terhadap Goldman Sachs bulan lalu atas dakwaan firma itu terbabit dalam pembabitan mana-mana pengantara Goldman dalam transaksi dengan 1MDB.

Selain Malaysia, skandal 1MDB juga turut jadi tumpuan siasatan beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat.

Leissner, yang berkhidmat sebagai pengerusi Goldman bagi Asia Tenggara, bulan lalu mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Ini melibatkan peranannya dalam skim rasuah dan pengubahan wang haram.

Leissner meninggalkan firma itu pada 2016.

DOJ sebelum ini menyatakan bahawa sejumlah AS$4.5 bilion (RM18.49 bilion) sudah disalahgunakan oleh pegawai tinggi dana itu dan rakan-rakan sekutu mereka antara 2009 dan 2014.

Sebagai sebahagian daripada urusan kewajaran (due diligence) Goldman, Solomon berkata, bank itu meminta dan menerima jaminan bertulis daripada 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC) bahawa tidak ada pihak ketiga yang terbabit dalam penjualan dua bon pertama.

IPIC Abu Dhabi sudah menjamin bon 1MDB apabila ia dikeluarkan pada 2012.

Dalam tawaran akhir, katanya, kerajaan Malaysia sendiri, bersama dengan 1MDB, membuat representasi bahawa tiada perantara yang terbabit

"Semua representasi kepada Goldman Sachs ini, terbukti salah," kata Solomon.

Goldman Sachs tidak mendedahkan apa-apa maklumat lain mengenai pembabitannya dengan 1MDB, tetapi berkata impak kepada francais pelanggannya adalah "de minimis."

Saham bank berkenaan, yang melaporkan keputusan suku keempat yang kukuh pada dagangan awal, jatuh lebih 25 peratus dalam tempoh tiga bulan terakhir, selepas muncul berita mengenai pembabitannya dengan dana itu.

Kerajaan Malaysia berkata, pada Disember ia menuntut ganti rugi sebanyak AS$7.5 bilion (RM30.81 bilion) daripada Goldman berhubung urusannya dengan 1MDB