awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna mata wang tunggal bukan penyelesaian masalah harga minyak mentah jatuh

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
12/01/2015
07:20 MYT
Guna mata wang tunggal bukan penyelesaian masalah harga minyak mentah jatuh
Penggunaan mata wang tunggal di negara-negara ASEAN seperti yang dilakukan di zon Euro, bukan satu langkah penyelesaian ketika berdepan dengan situasi kejatuhan harga minyak mentah global, kata Dr Chandra Muzaffar
Penggunaan mata wang tunggal di negara-negara ASEAN seperti yang dilakukan di zon Euro, bukan satu langkah penyelesaian ketika berdepan dengan situasi kejatuhan harga minyak mentah global.
Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berpendapat ia adalah kerana ekonomi negara-negara di rantau ASEAN berbeza antara satu sama lain.
“Di ASEAN ada 10 negara dan tengoklah perbezaan ekonomi negara-negara itu.
“Contohnya di satu hujung adalah Brunei mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi. Di satu hujung lagi kita ada negara-negara seperti Laos dan Cambodia yang mempunyai KDNK yang rendah.
“Sekiranya penggunaan mata wang tunggal dilakukan, mesti langkah ini gagal,” kata Dr Chandra kepada Astro AWANI dalam satu temuramah ekslusif di sini, baru-baru ini .
Dr Chandra berkata, sebaliknya, apa yang perlu dilakukan ialah laksanakan suatu langkah seperti Inisiatif Chiang Mai (CMI) yang dilakukan ketika krisis kewangan 1997/1998.
CMI ialah satu persetujuan mengenai bantuan kecairan serantau yang melibatkan 13 bank pusat bank negara anggota Asia yang bersetuju menyalurkan kredit kepada satu sama lain sekiranya berlaku krisis, sementara imbangan pembayaran.
“Mekanisma CMI ini boleh membantu negara-negara yang menghadapi masalah kewangan melalui satu dana,” kata ahli akademik itu.
Dr Chandra menambah sekiranya pengantungan negara kepada minyak dapat dikurangkan, maka jangka masa nilai mata wang ringgit jatuh boleh dikurangkan.
“Dahulu, penggantungan kita kepada minyak adalah hampir 40 peratus. Kini hanya 29 peratus. Sekiranya kita perkukuhkan keadaan ini dengan memberi keutamaan kepada industri lain seperti pertanian, tempoh nilai mata wang ringgit jatuh boleh dikurangkan.”
Topic Berkaitan
#Asia
#Dr Chandra Muzaffar
#kejatuhan nilai mata wang
#minyak mentah global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan