JIKA anda peminat McDonald’s, salah satu produk popular mereka adalah burger Big Mac.
Tahukah anda, burger Big Mac di Malaysia adalah 59 peratus lebih murah berbanding di Amerika Syarikat (AS)?
Jika dibaca sekali imbas, ia nyata sesuatu yang menarik namun ia juga menggambarkan bahawa ringgit telah dinilai lebih rendah sebanyak 59 peratus berbanding kadar tukaran asing semasa.
Itu dapatan kajian oleh 'Indeks Big Mac' yang dikeluarkan majalah ekonomi terkemuka The Economist.
Apa itu Indeks Big Mac?
Dalam teori ekonomi, kesamarataan kuasa membeli merupakan satu konsep di mana nilai tukaran asing akan bergerak ke arah kesaksamaan dari semasa ke semasa.
Teori ini membuktikan sekumpulan barangan, dan dalam indeks ini adalah burger Big Mac, sepatutnya mempunyai kos yang hampir sama disetiap negara.
Pemilihan burger Big Mac adalah kerana harga sekumpulan barangan biasanya berbeza di setiap negara, justeru indeks ini memilih burger Big Mac untuk melakukan perbandingan mata wang.
Ia juga kerana Mcdonald's mempunyai cawangan di 119 negara setakat Januari 2020.
Harga burger Big Mac jauh berbeza
Menurut Indeks Big Mac, harga burger Big Mac di AS pada Julai 2020 adalah AS$5.71 (RM24.3) manakala di Malaysia ia dijual pada harga AS$2.34 (RM9.99).
Jika kita kira berdasarkan harga itu, kadar tukaran asing kita sepatutnya hanya pada 1.74, berbanding kadar tukaran semasa.
Setakat pembukaan pagi Selasa, ringgit didagang pada 4.2550/2600 berbanding dolar AS.
Berdasarkan Indeks Big Mac, bukan ringgit sahaja dinilai lebih rendah, sebaliknya nilai Baht (32.7 peratus), Dolar Singapura (25.8 peratus) dan Rupiah (59 peratus).
Apa maksudnya kepada ekonomi?
Menurut Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan, indeks itu bukanlah pengukur tepat kepada nilai ringgit kerana beberapa faktor lain memainkan peranan antaranya unjuran ekonomi dan sentimen pasaran.
Tambahnya meskipun nilai ringgit yang lemah mampu menjadi faktor positif bagi dagangan Malaysia, namun pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan global.
“Ringgit yang lemah mampu menjadikan eksport Malaysia lebih kompetitif di peringkat global namun malangnya kita saksikan permintaan global menyusut terutama pada suku kedua tahun ini.
Ia menyusut kerana penggantungan aktiviti ekonomi di seluruh dunia susulan pandemik COVID-19. Kerana itu angka eksport empat bulan pertama Malaysia menyusut,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Nilai ringgit yang rendah juga dikhuatiri membawa kepada kadar inflasi diimport yang lebih tinggi, namun bagi Han, kelemahan harga minyak mentah global menjadikan ekonomi kini berdepan deflasi.
“Apa yang kita saksikan kini adalah deflasi disebabkan harga minyak mentah yang rendah. Saya faham kebimbangan akan wujudnya inflasi diimport akibat kelemahan nilai ringgit, namun itu dijangka tidak berlaku tahun ini.
“Kita telah saksikan ringgit yang lebih stabil berbanding dolar sejak beberapa bulan ini, malah sejak beberapa minggu ini juga kita saksikan pemulihan nilai ringgit berbanding dolar namun masih sekitar 4.20,” ujarnya.
Han berkata, langkah dengan rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan serta tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar faedah, pemulihan ekonomi dijangka mampu dicapai menjelang 2021 dan sekali gus menyokong nilai ringgit yang lebih kukuh.
Najib Aroff
Tue Jul 21 2020

Menurut Indeks Big Mac, harga burger Big Mac di AS pada Julai 2020 adalah AS$5.71 (RM24.3) manakala di Malaysia ia dijual pada harga AS$2.34 (RM9.99). - Astro AWANI

AWANI Ringkas: Wujudkan badan bebas pantau NGO ahli politik | BNM kekalkan OPR 1.75%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Muhyiddin tiba mesyuarat AMT, bincang hubungan Bersatu dan UMNO
Muhyiddin tiba kira-kira jam 4.32 petang diiringi beberapa pemimpin tertinggi Bersatu.

Bank Negara kekalkan OPR pada 1.75 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi mesyuarat kedua Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.

21 ditahan terlibat skim penipuan Likeshare, Zan Zan Lee, Isharefans dan E-Currency Investment Bitcoin
Ahli sindiket akan memulakan iklan tawaran pelaburan melalui platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kemunting kian merebak
Kebakaran tapak pelupusan sampah seluas 1.6 hektar di Kemunting, dekat Kubang Pasu semakin merebak.

Parti politik tidak boleh fail saman fitnah terhadap individu
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan parti politik tidak boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu.

MKT UMNO sahkan tiada kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU-15
Ahmad Maslan sahkan Tan Sri Muhyiddin mahu ketahui pendirian UMNO dengan jelas mengenai kerjasama dengan Bersatu.

Aktiviti pengimarahan masjid, surau di P. Pinang dibenarkan sepanjang PKPB
JHEAIPP membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh PKPB.

Polis terima dua laporan penipuan penjualan vaksin COVID-19
Terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian.

Rasuah | Syarat ICU punca ahli politik tubuh NGO sendiri
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menjelaskan, penubuhan NGO oleh ahli politik kerana syarat pembayaran peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) hanya kepada badan berkenaan dalam setiap program yang dianjurkan.

Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah
Dalam teori ekonomi, kesamarataan kuasa membeli merupakan satu konsep di mana nilai tukaran asing akan bergerak ke arah kesaksamaan dari semasa ke semasa.

Indeks Big Mac: Harga di Malaysia ketiga termurah di dunia
Indeks Big Mac telah dicipta oleh 'The Economist' sejak tahun 1986 yang bersandarkan pada teori 'Purchasing Power Parity'.