awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu

Bernama
Bernama
21/04/2025
15:41 MYT
Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu
Harga emas ketika ini berada pada sekitar AS$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa. - Reuters
ISTANBUL: Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah AS$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap "aset pelaburan selamat".
Menurut Anadolu Ajansi, harga emas ketika ini berada pada sekitar AS$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.
Kenaikan lebih 2.3 peratus pada harga emas pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.
Kecenderungan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah turut menyumbang kepada peningkatan harga emas, selepas Bank Pusat Eropah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu.
Lonjakan harga emas semakin ketara selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif "timbal balik" terhadap lebih 180 negara pada 2 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga emas
#nilai melonjak
#paras tertinggi
#aset pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan