Skip to main content

Bisnes

Harga minyak boleh cecah tiga digit jika konflik Asia Barat berlarutan – Rystad Energy

SEREMBAN, 27 Nov -- Penunggang motosikal mengisi minyak petrol RON95 ke dalam tangki motosikalnya di sebuah stesen minyak hari ini.  Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar yang sedang dipertimbangkan dijangka tidak akan meningkatkan kos kepada industri sedia ada.  Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 pada kadar RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter sehingga kini, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua pr
- Gambar hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Harga minyak boleh melonjak ke paras tiga digit sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan, kata firma penyelidikan tenaga global, Rystad Energy.

Ketua Penyelidikan Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) Rystad Energy Aditya Saraswat berkata pasaran berada dalam keadaan sangat tidak menentu apabila pedagang bertindak balas terhadap peningkatan ketegangan terkini di Asia Barat. 

Advertisement

“Jika konflik ini berlarutan, harga minyak menjadi tiga digit adalah satu kemungkinan yang sangat nyata,” katanya dalam kemas kini mengenai keadaan pasaran semalam. 

Saraswat berkata kebimbangan sebelum ini tertumpu kepada sama ada bekalan tenaga boleh bergerak menerusi rantau ini, bagaimanapun serangan dron terbaharu telah meningkatkan risiko kepada infrastruktur tenaga di seluruh Asia Barat dengan ketara. 

Beliau berkata kesan daripada peningkatan itu sudah merebak ke pelbagai sektor, daripada pusat data kepada pengguna yang akhirnya akan merasai kesannya menerusi harga bahan api yang lebih tinggi. 

Katanya, sekiranya konflik itu berterusan, penutupan sebagai langkah berjaga-jaga di seluruh rantau ini mungkin akan berlaku, sekali gus memberi implikasi serius kepada pasaran minyak global. 

“Jika gangguan bermula di Iraq, risikonya ialah ia akan merebak ke pengeluar utama lain seperti Kuwait, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar,” katanya. 

Mengenai gas pula, Saraswat berkata gangguan sudah pun berlaku, dengan Qatar telah menghentikan kira-kira 77 juta tan kapasiti gas asli cecair (LNG) setahun. 

“Sekiranya keadaan menjadi lebih buruk, terdapat risiko bahawa UAE boleh menghadapi gangguan yang sama,” tambahnya. 

Ketika ini, mentah Brent melonjak 2.84 peratus kepada US$83.71 setong. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video