KUALA LUMPUR: Konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine nampaknya menguntungkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport minyak bersih dan kenaikan mendadak harga minyak akan memberikan sokongan sementara untuk kedudukan fiskal negara, kata Pakar Ekonomi Negara Kanan Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin.
Beliau berkata walaupun harga minyak akan memberikan sedikit sokongan kepada Malaysia, prospek akan kekal berhati-hati kerana kemungkinan kemunculan varian COVID-19 yang baharu dan teruk.
Pada masa ini, minyak mentah Brent didagangkan pada AS$126.8 setong.
"Selain itu, kita melihat ekonomi dibuka semula. Apabila sempadan negara dibuka semula, kita akan beransur-ansur kembali ke tahap prapandemik dan ini akan memacu ekonomi ke hadapan," katanya semasa sesi yang diadakan sempena Persidangan Prospek Malaysia 2022.
Sesi itu bertajuk Pemulihan Ekonomi dan Ketahanan di Malaysia dikendalikan oleh IDEAS.
Ketua Pegawai Strategik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisyam Hussein turut bersetuju, sambil berkata walaupun Malaysia tidak mempunyai tahap pendedahan perdagangan yang tinggi dengan Rusia dan Ukraine, negara-negara bekas itu banyak terlibat dalam industri semikonduktor dan pengeluar utama komoditi seperti gandum dan logam.
Shakira turut menekankan kepentingan kerajaan untuk terus menangani isu jaringan keselamatan sosial, khususnya bagi kumpulan yang terdedah... jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, kesihatan dan pendidikan serta usaha membasmi kemiskinan.
"Kerajaan harus menyiasat isu jaringan keselamatan sosial, terutamanya berkaitan subsidi dan kawalan harga, kerana pada masa ini, 50 peratus daripada subsidi kerajaan disalurkan kepada bahan api, yang bukan subsidi yang disasarkan, mengakibatkan ketidakcekapan," tambahnya.
Sementara itu, Nurhisyam berkata trajektori pemulihan negara berada di landasan yang betul dengan petunjuk ekonomi utama menjurus ke arah pemulihan ekonomi yang mampan.
"Bagi KWSP, kami melihat asas keahlian aktif bertambah baik dan kembali ke tahap prapandemik, yang mana 7.7 juta ahli aktif direkodkan berbanding 7.6 juta pada Disember 2020.
"Pencarum bulanan aktif meningkat kepada 5.8 juta berbanding 5.6 juta pada Disember 2020 dan trend peningkatan didapati melalui pendaftaran dan sumbangan ahli selepas pembukaan semula ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Nurhisyam berkata trajektori pemulihan negara berada di landasan yang betul dengan petunjuk ekonomi utama menjurus ke arah pemulihan ekonomi yang mampan. - Gambar hiasan
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Harga minyak tinggi beri sokongan sementara kepada kedudukan fiskal Malaysia - Pakar ekonomi
Konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine nampaknya menguntungkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport minyak bersih dan kenaikan mendadak harga minyak akan memberikan sokongan sementara untuk ked