KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah tempatan tahun ini dijangka kembali menyaksikan peningkatan dalam kalangan pembeli dari China terutama apabila sempadan negara itu dibuka semula.
Permintaan pembeli China merangkumi kira-kira satu pertiga sebelum tercetusnya wabak COVID-19, tetapi akan meningkat semula pada 2022 setelah terjejas akibat sekatan pergerakan antara kedua-dua negara.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI Group, Kashif Ansari berkata, pemulihan dalam pengambilalihan pasaran hartanah di China akan melantun semula dengan pantas apabila mereka dibenarkan melakukan perjalanan tanpa sekatan dan sempadan Malaysia pula dibuka pada suku kedua tahun ini.
Katanya, antara faktor yang menarik pembeli China termasuklah tawaran kualiti hidup yang tinggi, berdekatan dengan China dan harga yang agak rendah.
"Terdapat juga sesetengah pembeli akan mencari tawaran harga murah, dan berharap untuk membeli unit baharu yang tidak terjual daripada pemaju pada harga diskaun.
"Selain itu, pasaran di China ketika ini pula kurang memberangsangkan. Sekatan ke atas pelaburan dan industri pembangunan menyebabkan beberapa pembeli dari negara ini mencari alternatif di luar negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kaji Selidik dan Indeks Hartanah Malaysia Juwai IQI pada suku ketiga 2021 mendapati pembeli asing merangkumi 13% daripada pembelian hartanah baharu.
Sebanyak 15% daripada pembeli asing ini membeli kediaman baharu di Sarawak diikuti Kuala Lumpur dan Selangor, masing-masing 13%.
Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan RM18 bilion hartanah kediaman terjual pada suku ketiga 2021.
Menurut Kashif, berdasarkan kaji selidik Juwai IQI yang dijalankan itu, didapati pembeli asing menyumbang 10% hingga 15% daripada transaksi baharu dan terpakai di bandar-bandar terbesar di Malaysia.
Berpandukan data ini, katanya, mereka dianggarkan membeli hartanah dalam julat antara RM1.8 bilion setiap suku atau RM7.2 bilion setahun.
"Jika mereka membeli untuk kegunaan sendiri, pembeli China memilih untuk tinggal atau menggunakannya sebagai kediaman.
"Tetapi, jika mereka memilih sebagai pelaburan, pastinya, mereka mencari hasil yang baik, mudah diselenggara dan boleh membawa keuntungan," jelasnya.
klcc
Permohonan MM2H adalah 2 kali ganda lebih tinggi dari China berbanding negara-negara lain.
Mengulas mengenai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), beliau tidak menolak wujud kebimbangan mengenai program berkenaan.
Tetapi, katanya, ia boleh dilaksanakan dengan jayanya jika program yang lebih kecil diletakkan di bawah dasar yang disemak semula.
"Pada Januari lalu, kerajaan mengumumkan mereka menerima 111 permohonan MM2H ini. Meskipun permohonannya adalah sedikit, tetapi dengan MM2H baharu, ia akan memberi lebih banyak kelebihan kepada rakyat Malaysia," katanya.
Sekiranya kesemua permohonan itu diluluskan, beliau menjangkakan sebanyak RM1 bilion dapat dihasilkan daripada simpanan tetap baharu, yang mana lebih 3 kali ganda berbanding jumlah sebelum itu di bawah syarat-syarat lama.
Katanya, kebanyakan pemohon MM2H adalah dari China termasuk Hong Kong, malah, jumlahnya lebih 2 kali ganda berbanding negara-negara lain.
"Namun, data ini adalah berdasarkan program di bawah syarat-syarat lama, kerana data negara pemohon baharu belum tersedia lagi," jelas beliau.
Dalam pada itu, Kashif berkata, Malaysia mempunyai peluang untuk menarik kedatangan pelajar antarabangsa dalam tempoh 2022 hingga 2025.
Ini kerana, katanya, pelajar China di Amerika Syarikat (AS) menurun sebanyak 20% disebabkan ketegangan politik, bimbang dengan keselamatan dan sukar memperoleh visa.
"Bilangan pelajar China di Australi juga semakin berkurangan. Sekiranya Malaysia boleh menarik peratusan yang kecil dalam jumlah pelajar ini, ia akan memberi kelebihan kepada ekonomi negara," ujar beliau. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Feb 23 2022
Kaji selidik Juwai IQI mendapati pembeli asing menyumbang 10% hingga 15% daripada transaksi baharu dan terpakai di bandar-bandar terbesar di Malaysia. - Gambar hiasan
AWANI 7:45 [01/05/2024] – Kos mencecah RM10 bilion | Gaji minimum beri impak positif | Seolah-olah dunia menghampakan
Kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus dibentang ketika Belanjawan 2025.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Harga rumah murah, antara faktor tarik pembeli China ke Malaysia
Permintaan pembeli China merangkumi kira-kira satu pertiga sebelum tercetusnya wabak COVID-19.
Sejuta rumah mampu milik: Pakatan Harapan tekad lunaskan janji - Tun Mahathir
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan dan berusaha melunaskan janju untuk membina sejuta unit rumah mampu milik dan rumah murah dalam masa 10 tahun.
Bilangan kediaman tidak terjual meningkat lagi
Kecuali pada suku ketiga 2017, bilangan kediaman tidak terjual di Malaysia meningkat secara berterusan sejak suku pertama 2016.
Rumah tidak mampu milik: BNM saran 5 cara selesai masalah
Bank Negara berkata, rumah di Malaysia kini berada pada tahap sangat tidak mampu milik.
Awas! Gelembung hartanah mungkin terbentuk - Johari
Isu hartanah tidak terjual perlu diatasi segera untuk mengelak gelembung hartanah, kata Menteri Kewangan II.