Harta Intelek perlu dilihat sebagai sumber kekayaan baru yang mampu menjana ekonomi pencipta produk berkenaan dan negara secara keseluruhannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia penting dalam usaha memastikan negara kekal berdaya saing hasil ciptaan yang mempunyai nilai komersil tinggi.
"Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memastikan malaysia kekal berdaya saing, kita perlu jadikan harta intelek sebagai sumber kekayaan baru atau 'new wealth creation' yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya semasa berucap merasmikan majlis Anugerah Harta Intelek Negara sempena Hari Harta Intelek Negara 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Perdana Menteri turut melancarkan Pelan Hala Tuju Intellectual Property Monetisation, yang dirangka bagi menjadikan harta intelek sebagai satu sumber kekayaan baharu yang mampu mentransformasikan ekonomi negara.
Beliau berkata pelan tersebut juga mampu meletakkan Malaysia bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
"Kita perlu mempergiat kegiatan ekonomi bukan tradisional untuk negara kita. Kita perlu berdaya saing ke arah negara berpendapatan tinggi untuk mencapai tahap yang baru itu tidak bergantung kepada sumber fizikal tetapi hendaklah berasas sumber kekayaan seperti sumber intelektual," ujar beliau.
Najib memberi contoh negara Korea Selatan yang mampu menjana pendapatan tinggi hasil kreativiti dan inovasi yang dilakukan.
"Pendapatan daripada sumber baru seperti dilakukan negara seperti Korea di mana kegiatan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti telah dibangunkan dengan jayanya. Ia bukan sahaja terhad kepada harta intelek tapi dunia perfileman dan muzik dikenali K-pop."
"Kita mempunyai kaitan budaya dengan negara-negara ASEAN, kita mempunyai kekuatan seni dan kretiviti tersendiri." katanya.
Berdasarkan Global Innovation Index 2014, katanya, keupayaan inovasi Malaysia berada pada kedudukan 33 daripada 143 negara.
"Ini menunjukkan bahawa infrastruktur negara kita semakin baik dalam menggalakkan penghasilan produk inovasi dan harta intelek. Kita mempunyai lebih tanggungjawab untuk lebih inovatif dan kreatif dalam mencipta nilai tambah teknologi yang berimpak tinggi dalam pasaran dan global, " jelas Najib.
Dalam pada itu kerajaan sedia menimbang untuk menyediakan peruntukan tertentu bagi meningkatkan lagi bilangan permohonan pemilik harta intelek.
"42% daripada jumlah keseluruhan permohonan harta intelek adalah daripada kalangan pemohon tempatan berbanding dari luar negara." katanya.
Pada masa sama, Perdana Menteri menyarankan syarikat-syarikat di Malaysia melakukan inisiatif sama bagi membantu pencipta idea-idea tempatan.
"Saya saran semua syarikat besar Malaysia supaya peruntukkan dana untuk membiayai produk-produk harta intelek di pasaran," kata Najib.
Rahimah Abdullah
Thu Sep 10 2015
Najib (kanan) bersama Hamzah di majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2015 pada Khamis. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MyIPO cadang daftar ikan celup tepung harta intelek Terengganu
MyIPO menyarankan Kerajaan Negeri Terengganu atau entiti berkaitan supaya mendaftarkan produk makanan ikan celup tepung sebagai harta intelek.
MARDI perlu ambil peranan tingkat pengurusan harta intelek - Armizan
KPDN berhasrat menjadikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai organisasi ke-26 dalam program Technology Innovation Support Centre (TISC).
Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan
Malaysia hari ini menyertai platform perkongsian data WIPO Alert ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop
MyIPO akan teliti keperluan untuk memberi tawaran harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop yang berhasrat mendaftarkan hak cipta (copyright) dan cap dagangan perniagaan mereka.
RMK12: Dasar IP negara akan disemak untuk memperkukuhkan ekosistem
Dasar mengenai harta intelek (IP) akan disemak semula untuk meningkatkan ekosistem hasil kreativiti negara.
Menteri Luar G7 gesa China henti curi hak harta intelektual untuk keuntungan komersial
Menteri luar dari Kumpulan Tujuh itu menggesa China supaya bertindak sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.
[KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif
Memastikan semua karya dilindungi sebelum pengkomersialan merupakan perihal yang wajar diambil serius oleh semua pengkarya.
CENTEXS, MyIPO bantu daftar harta intelek usahawan Sarawak
Harta-harta intelek yang didaftarkan ini adalah di antara 42,000 yang didaftarkan oleh MyIPO seluruh negara.