Hasil petroleum negara berjumlah RM775.2 bln bagi tempoh 2018 hingga 2024 - Azalina

Jumlah hasil petroleum negara dari tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak RM775.2 bilion, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah hasil petroleum negara dari tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak RM775.2 bilion, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ringkasan AI
- Jumlah hasil petroleum negara dari 2018 hingga 2024 mencecah RM775.2 bilion, melibatkan Semenanjung Malaysia (RM284.8b), Sabah (RM205b) dan Sarawak (RM285.4b).
- Pelaburan petroleum bagi tempoh sama berjumlah RM256 bilion termasuk RM86.5b di Semenanjung, RM56.3b di Sabah dan RM113.2b di Sarawak.
- Menteri Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pelaburan keseluruhan menyumbang 33 peratus daripada hasil huluan petroleum negara.
"Peratusan keseluruhan pelaburan berbanding hasil huluan Malaysia adalah sebanyak 33 peratus iaitu Semenanjung Malaysia (30 peratus), Sabah (27 peratus) dan Sarawak (40 peratus)," katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab Mordi Bimol (PH-Mas Gading) yang ingin tahu berapakah jumlah kos eksplorasi dan kos pengeluaran tahunan Petronas bagi operasi minyak dan gas di setiap negeri pengeluar dari 2018 hingga 2024 serta peratusan kos tersebut berbanding nilai hasil keseluruhan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami