awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
Guru obesiti 350kg terlantar dalam bilik air
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar

Op Lancar Deepavali catat penurunan saman, kemalangan maut

Bernama
Bernama
23/10/2025
20:45 MYT
Op Lancar Deepavali catat penurunan saman, kemalangan maut
Mohd Yusri berkata jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi dengan 3,952 kes atau 44 peratus daripada keseluruhan kes. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kes kemalangan maut di seluruh negara sepanjang Op Lancar sempena perayaan Deepavali bermula 17 Okt hingga 21 Okt lepas, merekodkan penurunan sebanyak 9.8 peratus.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata walaupun jumlah kemalangan jalan raya meningkat 5.2 peratus kepada 8,940 kes tahun ini berbanding 8,408 tahun lepas, namun kemalangan maut dan jumlah kematian mencatatkan penurunan, masing-masing 9.8 dan 12 peratus.
Beliau berkata sebanyak 82 kes kemalangan maut direkodkan tahun ini berbanding 90 pada 2024, manakala jumlah kematian berkurangan kepada 85 orang berbanding 96 orang pada tahun sebelumnya.
"Penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang tertinggi kepada kematian dengan 61 orang atau 72 peratus pada tahun ini, namun jumlah itu menurun 20 peratus berbanding 76 kematian tahun lepas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Yusri berkata jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi dengan 3,952 kes atau 44 peratus daripada keseluruhan kes, diikuti jalan negeri (18.4 peratus) dan jalan Persekutuan (13.3 peratus).
Selain itu, Mohd Yusri berkata sebanyak 43,379 saman dikeluarkan tahun ini berbanding 52,090 saman pada 2024 iaitu pengurangan sebanyak 8,711 saman.
"Berdasarkan penurunan jumlah kematian dan pengeluaran saman, ini menunjukkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya semakin meningkat," katanya.
Mohd Yusri berkata sepanjang lima hari operasi terbabit, 9.9 juta kenderaan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2, Lebuhraya Karak (1.2 juta kenderaan) dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) (618,173 kenderaan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Lancar Deepavali
#kes kemalangan
#penurunan
#Trafik Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.