awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus pada suku keempat 2020

Bernama
Bernama
09/02/2021
05:58 MYT
Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus pada suku keempat 2020
Segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan naik 3.4 peratus kepada RM61.9 bilion - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus suku ke suku kepada RM435.9 bilion pada suku keempat 2020 berbanding suku ketiga 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan dalam segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan, yang meningkat 1.5 peratus kepada RM351.3 bilion, diikuti oleh segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan yang naik 3.4 peratus kepada RM61.9 bilion.
Katanya dari segi tahun ke tahun, jumlah hasil pada suku keempat 2020 merosot 5.1 peratus kepada RM23.3 bilion, manakala hasil keseluruhan bagi tahun 2020 berkurangan 8.1 peratus kepada RM1.63 bilion daripada RM1.78 bilion sebelum ini.
Mohd Uzir berkata jumlah pekerja dalam sektor ini merosot 0.3 peratus suku ke suku kepada 3.7 juta orang, disumbang oleh subsektor maklumat dan komunikasi (-4.4 peratus), diikuti subsektor pengangkutan dan penyimpanan (-0.8 peratus).
"Bagi perbandingan tahun ke tahun, jumlah pekerja berkurangan sebanyak 3.4 peratus atau 128,705 orang pada suku keempat 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Gaji dan upah yang dibayar turut menunjukkan penurunan sebanyak RM25.9 juta suku ke suku, disumbangkan oleh subsektor pendidikan dengan penurunan sebanyak RM37.0 juta atau -3.2 peratus.
Bagi perbandingan tahun ke tahun, gaji dan upah pada suku keempat 2020 merekodkan penurunan sebanyak 4.5 peratus kepada RM24.7 bilion, katanya.
Sementara itu, indeks volum perkhidmatan mencatatkan kenaikan sebanyak 0.3 peratus dari segi suku ke suku, daripada 123.4 mata pada suku ketiga 2020 kepada 123.8 mata pada suku keempat 2020.
Mohd Uzir berkata segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan meningkat 1.1 peratus dan segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan, 0.9 peratus, menjadi penyumbang utama kepada peningkatan suku tahunan dalam sektor perkhidmatan.
Bagi perbandingan tahun ke tahun, indeks volum perkhidmatan merosot 7.1 peratus kepada 123.8 mata pada suku keempat 2020.
"Bagi keseluruhan tahun 2020, indeks ini menurun 8.0 peratus kepada 118.6 mata berbanding 6.4 peratus daripada 128.9 mata pada 2019," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#COVID-19
#Dr Mohd Uzir Mahidin
#pertumbuhan ekonomi
#perdagangan borong dan runcit
#indeks volum perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan