awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan berbasikal trek dunia: Nurul Izzah tersingkir acara pecut

Bernama
Bernama
24/10/2025
03:00 MYT
Kejohanan berbasikal trek dunia: Nurul Izzah tersingkir acara pecut
Tumpuan Nurul Izzah kini beralih kepada acara keirin yang dijadual berlangsung Ahad ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hasrat wakil tunggal negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk mara lebih jauh dalam acara pecut individu wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2025 tidak kesampaian selepas tewas kepada pelumba New Zealand, Ellesse Andrews, pada pusingan 1/16 final di Santiago, Chile, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Terdahulu, pelumba berusia 22 tahun itu mencatat masa 11.019 saat untuk menduduki tangga ke-26 daripada 34 peserta pada pusingan kelayakan.
Bagaimanapun, catatan tersebut jauh daripada rekod kebangsaan 10.578 saat miliknya yang dilakukan pada Kejohanan Piala Negara-Negara di Turkiye pada Mac lalu.
Tumpuan Nurul Izzah kini beralih kepada acara keirin yang dijadual berlangsung Ahad ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah
#Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2025
#acara pecut
#acara Keirin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan