Situasi ekonomi global tidak menentu, pengurangan pendapatan negara, pengubah suaian Bajet 2016, semua mungkin memberi lebih cabaran kepada golongan yang sedang mencari kerja pada 2016.
Pada 2015, Malaysia mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.1%.
Negara kini mensasarkan kadar pengangguran sebanyak 2.9% bagi 2016.
Wartawan Astro AWANI Luqman Hariz menemubual Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Datuk CM Vignaesvaran berkenaan apa yang dicari oleh majikan dalam proses pengambilan kerja.
Menurut Vignaesvaran walaupun sebilangan nasihat ini mungkin berbunyi klise, ia berupaya melonjakkan peluang seseorang mendapat pekerjaan yang dikehendaki.
1. Pastikan resumé anda kemas
Menurut Vignaesvaran, tanggapan pertama atau ‘first impression’ pada resumé boleh menentukan sama ada seseorang pemohon pekerjaan itu akan dipanggil atau tidak.
“Satu kajian menunjukkan bahawa secara purata, kakitangan Sumber Manusia hanya mengambil kira-kira 30 saat untuk meneliti satu resumé.
Jadi muka depan resumé yang bagus tidak menunjukkan maklumat remeh seperti berat, tinggi, nombor kad pengenalan dan sebagainya,” kata beliau.
“Muka depan yang bagus akan mempunyai nama individu itu, kemudian terus menyatakan pencapaiannya kerana maklumat ini lebih penting,” tambah beliau.
“Salah satu kesilapan terbesar kebanyakan orang ialah mereka mempunyai satu rekabentuk dan format resumé untuk semua kerja yang mereka pohon.
Anda patut mengenali syarikat yang mahu anda pohon terlebih dahulu, kemudian ubah suai resumé anda supaya lebih sesuai dengan syarikat tersebut dan industrinya,” katanya.
2. Mohon semua kerja yang boleh
“Berkait atau tidak dengan apa yang anda belajar, berkait atau tidak dengan apa yang anda minat, mohon sahaja semua kerja yang munasabah.
Anda tidak tahu, mungkin anda akan dilatih di bahagian jualan atau pemasaran dan akhirnya bekerja di bahagian pentadbiran, atau sebaliknya,” kata beliau.
Vignaesvaran berkata sikap untuk hanya mensasarkan kerja selaras dengan apa yang dipelajari di universiti, walaupun boleh difahami, boleh membawa kepada kesukaran untuk mendapat pekerjaan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
“Saya sendiri sewaktu menganggur dahulu, bekerja di restoran milik bapa saya menebar roti canai. Jadi apa kerja sekali pun akan mengajar anda kemahiran yang berbeza tetapi penting,” katanya.
3. Hadiri semua tawaran temuduga yang diterima
“Hadiri saja semua tawaran temuduga yang anda perolehi, kerana ini akan memberi anda pengalaman menghadiri temuduga,” kata beliau.
Malah saya juga amat gementar sewaktu menghadiri temuduga pertama saya dahulu. Bila anda selalu hadiri temuduga, anda akan biasakan diri dan menjadi lebih baik,” tambahnya.
4. Sedari trend soalan temuduga
Masih ramai pencari kerja yang tidak sedar bahawa soalan yang ditanya dalam temuduga seringkali sama atau serupa.
Menurut Vignaesvaran, menyedari hal ini akan membawa manfaat yang besar apabila tiba saat menghadiri temuduga.
“Soalannya sentiasa sama; beritahu kami tentang diri anda, apa rancangan 5 tahun anda, ini semua soalan asas yang selalu ditanya majikan.
Jadi jika anda sedari corak ini dan menyediakan jawapan yang bernas untuk soalan-soalan asas sebegini, ia sudah meninggikan peluang anda untuk mendapat pekerjaan tersebut,” katanya.
5. Proses cari kerja bermula sebelum anda menamatkan pengajian
“Apa yang anda lakukan di universiti mempengaruhi peluang anda mendapat kerja kelak,” katanya.
Beliau berkata, pencapaian akademik hanya akan membantu seseorang itu mendapat temuduga, tetapi lebih kemahiran tambahan diperlukan untuk menjalani temuduga dengan elok.
“Melalui aktiviti kokurikulum anda akan membina kemahiran kepimpinan anda.
Kebanyakan orang memasuki alam pekerjaan sebagai eksekutif, jadi anda perlu ada kemahiran menyelesaikan masalah, berfikir dengan pantas, kemahiran menyesuaikan diri, kemahiran berinteraksi dengan orang, mengambil inisiatif proaktif dan sebagainya. Ini semua dipelajari melalui aktiviti kokurikulum di universiti dan inilah yang dicari oleh majikan apabila mengambil pekerja,” katanya.
“Anda perlu bina momentum semua ini sebelum tiba di peringkat mencari pekerjaan lagi,” tambahnya.
6. Maksimumkan waktu rehat dan cuti semester
Menurut Vignaesvaran, kebanyakan orang memandang rendah kepentingan memaksimumkan tempoh bercuti untuk bekerja.
“Tak kisah jika anda hanya bekerja sebagai kerani, ini akan mengajar anda menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang amat berbeza dengan alam pengajian.
Ramai orang kini berkata graduan semakin manja. Jadi jika anda telah terdedah dengan alam pekerjaan lebih awal, anda akan biasakan diri dan juga akan lebih bersedia apabila menghadiri temuduga," katanya.
7. Penampilan diri sentiasa penting
“Anda perlu ingat, apabila anda pergi ke suatu temuduga, kemungkinan besar anda akan bersemuka dengan penemuduga yang bukan dari generasi Gen Y atau Gen Z seperti anda.
Kemungkinan besar penemuduga akan datang dari generasi Gen X atau ‘baby boomers’, dan mereka ini akan mengharap anda mempunyai adab seperti berpenampilan kemas, atau meminta kebenaran sebelum duduk dan sebagainya,” katanya.
Menurut beliau ini sering menjadi isu kerana generasi lebih muda sering memandang bahawa adab sebegini tidak perlu.
8. Paling penting, calon harus miliki sikap yang bagus
“Yang paling penting, pencari kerja di semua tahap, perlu mempunyai sikap yang baik, mesti sudi menempuhi segala cabaran.
Jika anda seorang yang ingin mencari kerja, keluar dan teroka. Jika anda ingin mencari kerja baru, perbaiki diri anda di mana perlu, hadirilah latihan untuk mengasah segala kemahiran anda,” katanya.
Luqman Hariz
Tue Jan 19 2016
Adakah pencarian pekerjaan akan lebih mencabar dalam persekitaran ekonomi 2016? - Foto Astro AWANI
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Hello, graduan! Ingin cari kerja dengan lebih mudah tahun ini? Ikuti 8 tip ini
Situasi ekonomi global tidak menentu, pengurangan pendapatan negara, pengubahsuaian Bajet 2016, semua mungkin memberi lebih cabaran kepada golongan yang sedang mencari kerja pada 2016.