Khabar angin mendakwa harga getah di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara lain tidak berasas.
Ini kerana harga komoditi itu ditetapkan secara harian di pasaran dengan berdasarkan permintaan dan bekalan.
Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Datuk Ahmad Hamzah berkata maklumat tidak tepat mengenai harga getah yang berlegar sekarang mengundang kegusaran dalam kalangan pekebun getah.
"Harga harian yang ditetapkan oleh pasaran ialah harga FOB yang mengandungi sebanyak 100 peratus kandungan getah kering (DRC) atau dried rubber content, harga disebut di peringkat ladang adalah daripada harga FOB tadi ditolak dengan harga proses dan dibahagi 2 kerana kandungan getah basah adalah 50 peratus" ujarnya.
Tambahnya, harga komoditi getah yang merudum turut dialami negara-negara utama pengeluar getah seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, China dan India.
Menyedari perkara itu, kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia dan agensi berkaitan, menjalankan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan penggunaan produk dan barangan berasaskan getah asli di peringkat domestik dan antarabangsa.
"Kalau boleh kita nak pelbagaikan penggunaan getah supaya tidak bergantung kepada eksport. Ketika ini selain sarung tangan, kondom kita juga mahu gerakkan penggunaan getah di jalanraya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media memorandum perjanjian (MOA) diantara Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi penyelidikan aplikasi komersil getah asli termaju, ekoprena dan getah asli nyah protein pureprena untuk tayar.
Ia menyaksikan penggunaan 500 biji tayar dari komponen getah asli terbabit digunakan keatas bas diusahakan anak syarikat Nadicorp, Konsortium Transnasional Berhad (KTB) sebagai platform penyelidikan untuk tempoh 3 tahun bermula 2016 hingga 2018.
Perangkaan yang dikeluarkan Lembaga Getah Malaysia mendedahkan, eksport getah jatuh lebih separuh pada 2015 berbanding dicatatkan pada 2014.
Nurulhana Ismail
Wed Dec 30 2015
Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Datuk Ahmad Hamzah berkata maklumat tidak tepat mengenai harga getah yang berlegar sekarang mengundang kegusaran dalam kalangan pekebun getah. - Foto AFP
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.
Bina jalan raya guna getah untuk bantu pekebun kecil - LGM
Di Malaysia secara purata 5 ke 10 peratus jalan daripada 100,000 kilometer keseluruhan, akan diturap kembali setiap tahun.
Boleh toreh getah waktu tengkujuh - LGM
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia berkata hanya sekitar 5 hingga 10 peratus pekebun kecil Malaysia menggunakan alat pelindung hujan.
PAU2017: Dapat BR1M, keluar getah
Manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan hanya terhad kepada pembelian barangan keperluan asas.
Insentif bagi pengeluaran getah dan getah buku disemak semula - Uggah
Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan kepada RM5.10 daripada RM4.60 sekilogram bagi getah SMR 20 FOB berkuat kuasa bulan ini.
Pasaran getah mungkin pulih minggu depan
Pasaran getah Malaysia diunjurkan pulih minggu depan apabila semakin banyak pelabur kembali ke pasaran selepas menyambut perayaan Tahun Baru Cina.