Hishammuddin sokong Kertas Putih Felda, bimbang pembelian Eagle High

Astro Awani
April 11, 2019 10:23 MYT
Hishammuddin yang juga sepupu Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, kertas putih yang dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali itu secara menyuluruh ia akan memanfaatkan Felda dan peneroka. - Gambar fail
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kebimbangannya mengenai beberapa perkara yang didedahkan menerusi pembentangan kertas putih Felda terutama membabitkan pembelian saham Eagle High Plantation Investment (EHP).
Menerusi akaun Twitternya, Hishammuddin yang juga sepupu Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, kertas putih yang dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali itu secara menyuluruh ia akan memanfaatkan Felda dan peneroka.
Bekas Naib Presiden UMNO itu juga menegaskan menyokong dan akan bekerjasama demi 2,285 peneroka di Parlimen Sembrong.
"Tetapi, Kertas Putih Felda ini juga mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan dan memerlukan siasatan menyeluruh. Khususnya, perkara yang ada berkaitan dengan transaksi Eagle High yang menjadi tanda tanya ramai," tulis beliau.
BACA: Kertas Putih Felda: 'Najib kelirukan orang awam dan peneroka' - Muhyiddin

Berkenaan Kertas Putih Felda yang dibentangkan @AzminAli semalam, saya berpendapat secara menyuluruh ia akan memanfaatkan Felda dan peneroka kita. Saya sokong dan akan bekerjasama dengannya, khususnya demi 2,285 peneroka saya di @SembrongP153.

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) April 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tetapi, Kertas Putih Felda ini juga mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan dan memerlukan siasatan menyeluruh. Khususnya, perkara yang ada berkaitan dengan transaksi 'Eagle High' yang menjadi tanda tanya ramai.

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) April 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Langgar embargo: Najib berdepan tindakan digantung sebagai Ahli Parlimen
Pada Rabu, Azmin membentangkan kertas putih berkenaan yang mendedahkan aliran tunai Felda berada pada tahap kritikal, selain baki tunai Felda merosot daripada purata RM2.5 bilion dalam tempoh 2007 hingga 2011 kepada hanya RM400 juta pada 2017.
Mengulas lanjut, Azmin berkata semua laporan polis dan pertuduhan yang bakal dibuat adalah berdasarkan bukti yang diperolehi daripada Audit Forensik.
Katanya, kerajaan tidak akan bertindak di luar bidang kuasa dan semuanya adalah atas keputusan pihak berkuasa dan mahkamah.
#Azmin Ali #berita bisnes #Berita Nasional #Eagle High Plantation Investment #Felda #Hishammuddin Hussein #kertas putih #Kertas Putih Felda #Mahathir Mohamad #Malaysia Baharu #Najib Razak