awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025

Bernama
Bernama
21/12/2024
10:00 MYT
HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025
Inflasi keseluruhan Malaysia menyusut kepada 1.8 peratus tahun ke tahun pada November, berkurangan daripada 1.9 peratus pada Oktober. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025, dipacu oleh pembaharuan dasar domestik seperti rasionalisasi subsidi bahan api RON95 dan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluaskan.
Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya tekanan harga global yang dijangka dijejaskan lagi oleh dasar dilaksanakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, berupaya mempengaruhi aliran inflasi pada tahun depan.
"Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, di samping pertumbuhan domestik mampan dan kecenderungan Rizab Persekutuan AS baru-baru ini untuk menaikkan kadar faedah, kami menjangkakan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.0 peratus pada 2025, melaksanakan pendekatan tunggu dan lihat," katanya.
Inflasi keseluruhan Malaysia menyusut kepada 1.8 peratus tahun ke tahun pada November, berkurangan daripada 1.9 peratus pada Oktober di tengah-tengah kos pengangkutan yang menyederhana dan penurunan besar dalam bidang maklumat dan komunikasi.
Menurut HLIB data inflasi pada November lebih rendah berbanding unjuran konsensus 2.1 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, inflasi teras kekal stabil pada 1.8 peratus tahun ke tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HLIB
#kadar inflasi
#ekonomi malaysia
#2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan