awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda Malaysia umum kemas kini produk bagi model City, Jazz

Bernama
Bernama
23/09/2015
14:50 MYT
Honda Malaysia umum kemas kini produk bagi model City, Jazz
Pengeluar kereta itu juga menekankan model jualan semasa yang lain tidak terjejas dengan kemas kini produk tersebut.
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kemas kini produk bagi model City Generasi Keempat (tahun pengeluaran, 2014) dan Jazz Generasi Ketiga (2015) melibatkan 12,232 unit City dan 97 unit Jazz.
Syarikat itu berkata langkah tersebut berikutan perisian kawalan tekanan hidraulik yang tidak wajar melibatkan transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT).
"Kempen itu perlu untuk membaiki Modul Kawalan Kuasa Enjin (PCM) melalui kemas kini perisian CVT yang mempunyai perisian pengurangan tekanan," katanya dalam kenyataan.
Setakat ini, tiada kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan isu itu dilaporkan di Malaysia.
Pengeluar kereta itu juga menekankan model jualan semasa yang lain tidak terjejas dengan kemas kini produk tersebut.
Pelanggan akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan, yang mengandungi butiran mengenai kemas kini produk itu.
"Pelanggan yang menerima surat tersebut dinasihatkan menghantar kenderaan mereka ke pengedar Honda yang berhampiran untuk pemeriksaan.
"Sebarang caj berkaitan dengan kemas kini produk itu akan ditanggung oleh Honda Malaysia," katanya sambil menambah pemilik juga boleh menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#City Generasi Keempat
#CVT
#Honda Jazz
#Jazz Generasi Keetiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan